SALIB SYD KE-5 TIBA DI KEUSKUPAN KENINGAU

TAMBUNAN : 4 tahun sudah berlalu, salib Sabah Youth Day ke-5 (SYD-5) dan ikon Bonda Maria kembali ke paroki Holy Cross Toboh dalam sesi jelajah ke setiap paroki di tiga Keuskupan yang ada di Sabah. Salib SYD-5 bersama ikon Bonda Maria ini tiba di Paroki Holy Cross Toboh pada 2 Jun lalu. Meskipun pesta Kaamatan … [Read more…]

PELANCARAN KHEMAH BELIA KEUSKUPAN KENINGAU KALI KE 5

KENINGAU : Pada 10 Mac lalu, pelancaran Khemah Belia Keuskupan Keningau kali ke 5 (KBK5) bagi peringkat paroki Keningau telah diadakan. KBK5 ini merupakan anjuran Komisi Kerasulan Belia Katolik Keuskupan Keningau. Bertemakan “Sesungguhnya aku ini hamba Tuhan, terjadilah padaku menurut perkataan-Mu,”  KBK5 akan diadakan di Paroki Gereja Roh Kudus, Sook. KBK5 akan berlangsung pada 11 … [Read more…]

KEM BELIA KALI KE-3 ANJURAN KOMITI BELIA KATOLIK ZON MINAWO

Keningau – Komiti Belia Katolik (KBK) Zon Minawo telah mengadakan Kem Belia peringkat Zon Minawo pada 8-10 Jun 2018, di Dewan Kg. Baitah. Tema bagi kem ini ialah “Pergilah dan Beritakanlah Kerajaan Allah Sudah Dekat” (Mat 10:7). Hari Pertama pendaftaran bermula seawal jam 3.30 petang, disusuli dengan Misa pembukaan yang disempurnakan oleh Rev.Fr Bonaventure Unting. … [Read more…]

KEUSKUPAN KENINGAU RAIH ULANG TAHUN KE-25

KENINGAU : 5 Mei merupakan tarikh istemewa dan bermakna khasnya umat di Keuskupan Keningau kerana telah berjalan bersama Yesus selama 25 tahun. Umat Katolik di Keuskupan Keningau kini telah mencecah 135 544 orang berbanding ketika Keuskupan Keningau  yang baru ditubuhkan pada 6 Mei 1993 iaitu sebanyak 56 852 orang.