PERSIAPAN ROHANI PENGANJUR SYD6 YANG PERTAMA

Artikel oleh : Rinilyen

KENINGAU – Persiapan Rohani Penganjur SYD 6 yang pertama telah diadakan di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal (RRKKT). Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam, bermula 10 Mei sehingga 12 Mei 2024 lalu yang menghimpunkan seramai 162 orang peserta penganjur dari seluruh 3 keuskupan.

Turut hadir, Fr. Ronnie Luni, Fr. Wiandigool Runsab, Fr. Isidore Gilbert selaku pembimbing Rohani SYD 6, Friar Gerald Terence (OFM), saudara Roney Alfred Eming (Koordinator SYD 6), Sr. Noemi Mejia, FSIC (Timbalan Koordinator SYD 6), Sr. Dora Obod, FSIC dan beberapa religious sister.

Objektif utama SYD 6 yang dijelaskan dalam persiapan rohani adalah agar para penganjur dapat menyedari, menghargai, menerima diri sebagai ciptaan Tuhan yang indah (INI AKU), merayakan sukacita dengan penuh sukacita dan syukur (PENUHI AKU) dan bangkit dengan penuh semangat untuk pergi meneruskan misi Kristus (UTUSLAH AKU).


Fr. Ronnie Luni dalam homilinya semasa Misa Kudus pembukaan hari yang pertama menyatakan, nyata di setiap belia yang hadir penuh dengan kerinduan untuk bertemu dengan sesama dan bangkit untuk bergiat aktif semula dalam program belia dan nanti di SYD 6 sudah pastinya suatu ‘PERTEMUAN YANG INDAH.’


Hari kedua, diawali dengan Misa Kudus pagi, Fr. Isidore Gilbert berpesan kepada para belia agar menerima bahawa kita semua adalah peribadi yang berbeza dan unik, namun kita semua tetap satu, kerana kita semua adalah milik Tuhan. Seusai misa kudus, sesi 1 oleh Saudara Dennis Patrick membawa para penganjur untuk mengenali keperibadian masing-masing dan orang lain agar lebih mudah untuk saling menerima kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Sesi berikutnya oleh Friar Gerald Terence pula menjelaskan tentang walaupun terdapat perbezaan dalam ekspetasi vs realiti peribadi namun paling penting adalah kebebasan kita untuk memilih sesuatu yang membawa sukacita kepada kita.


Bagaimana untuk bermula agar saling menerima peribadi sendiri dan orang lain? Mulakan dengan KERENDAHAN HATI ujar saudara Alex Paulus. Oleh kerana kita ini milik Tuhan, kita seharusnya melakukan kehendak Tuhan dengan penuh CINTA KASIH agar kita dapat berdamai dengan diri sendiri dan sesama. Maka, dalam malam “CELEBRATION OF LIGHT” yang mengajak para penganjur untuk berdamai dengan diri sendiri dan sesama. Sungguh mengharukan ketika Friar Gerald Terence mengatakan “hari ini anda menangis setelah berdamai dengan diri sendiri dan sesama anda, namun sebenarnya anda semua juga telah membuatkan saya menangis.”

Hari ketiga, Misa Perutusan Persiapan Rohani SYD 6, diselebrankan oleh Msgr. Gilbert Lasius. Dalam homilinya, klerus itu mengajak umat untuk belajar cinta kasih Tuhan kerana ia sentiasa menyatukan kita bersama. Hari ini juga beberapa peristiwa penting yang mana Hari Jururawat, Hari Ibu dan Hari Komunikasi Sedunia-58 diraikan menandakan bahawa para belia harus bersama-sama dengan komuniti-komuniti yang lain juga untuk menyebarkan cinta kasih Tuhan.


Selesai misa kudus para penganjur kembali berkumpul bersama TIM MOT, SUBMOT, LOT, SUBLOT, dan TUGAS KHAS bagi bahagian masing-masing untuk perbincangan info SYD 6.
Berakhirnya perbincangan tersebut, Friar Gerald Terence menutup tirai dengan satu ayat renungan ini, Bagaimana untuk menyebarkan Cinta Kasih Tuhan? Lakukan ia melalui teladan kepada Bonda Maria.

Penerimaan Salib Belia Dan Ikon Bonda Maria Katedral St Mary’s Sandakan

Artikel oleh : Kimberly

Luarbiasa!!Salib Belia dibawa dengan menggunakan Bas Persiaran dari Kota Kinabalu ke Sandakan!!
Fr.Isidore Gilbert mengetuai rombongan dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu dalam pengantaran Salib Belia kali ini.

Sandakan – Hari yang di nanti-nantikan oleh semua belia Keuskupan Sandakan telah tiba. Pada 16 Mac 2024, seramai 200 orang belia di seluruh Keuskupan Sandakan berkampung di Katedral St. Mary untuk menyambut ketibaan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria yang dirindui selama ini dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

Acara dimulai dengan acara dewan pada jam 4:15pm dengan lagu puji-pujian dan diikuti dengan sesi ice breaking yang diketuai oleh Parish Youth Apostolate (PYA) Sandakan. Setelah selesai sahaja acara dewan para peserta dan menganjur diberi waktu untuk mempersiapkan diri  untuk menyertai perarakan Salib Belia Dan Ikon Bonda Maria ke Gereja.

Perarakan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria diiringi dengan tarian tradisi umat Keuskupan Sandakan yang berbilang kaum, iaitu tarian Hedung dari St. Mark Sandakan, tarian tradisi Dusun Labuk dari St. Martin, Telupid dan paluan Chinese Tradisional Drums dari St. Mary Sandakan.

Acara seterusnya adalah acara yang telah dinanti-nantikan oleh seluruh belia dan juga umat  Keuskupan Sandakan kerana perarakan Salib Belia Dan Ikon Bonda Maria pada tahun ini sedikit berbeza, yang mana tahun sebelumnya Salib Belia dan Ikon bergerak dari paroki ke paroki, namun kali ini hanya bergerak dari katedral ke katedral 3 keuskupan di Sabah.

Keuskupan Agung Kota Kinabalu yang diwakili oleh Rev. Fr. Isidore Gilbert, Penasihat Rohani Belia Keuskupan Agung Kota Kinabalu, secara rasmi menyerahkan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria kepada Keuskupan Sandakan yang diwakili oleh Sr. Noemi Mejia FSIC, Koordinator Belia Keuskupan Sandakan dengan disaksikan oleh Bapa Uskup Julius Gitom , Rev. Fr. Dafrinn Diwol, Penasihat Rohani Belia Keuskupan Sandakan, para Religius, para belia diseluruh Keuskupan Sandakan dan  para umat.

Bapa Uskup Julius Gitom dalam homilinya, mengatakan bahawa kedatangan Salib Belia Dan Ikon Bonda Maria sangat bersesuaian dengan pembacaan hari ini kerana pembacaan hari ini membicarakan tentang kematian dan kehidupan . Salib adalah lambang kehidupan bagi kita yang percaya kepadaNya oleh itu sekali lagi kita diingatkan untuk  dekat dengan Tuhan sumber kehidupan .

Sekiranya kamu merasa kehidupan kamu terikat sama seperti Lazarus yang terikat dengan kain kafan maka ingatlah bahawa hanya Yesus yang dapat membebaskan kita seperti injil pada hari ini “Bukalah pengikatnya dan biarlah dia pergi dengan bebas”.

Maka dengan demikian sekiranya dalam musim pra paskah ini kamu merasa diri kamu terikat datanglah kepada Yesus dengan penuh keyakinan memohon agar kita dibebaskan terutama sekali dari dosa-dosa kita.

Apabila kita telah dibebaskan maka kita juga dituntut sama seperti Bonda Maria untuk membawa khabar baik kepada orang tentang betapa mulianya Tuhan membebaskan kita daripada dosa-dosa kita . Marilah kita berdoa agar sentiasa terbuka kepada rahmat pembebasan Tuhan sendiri khusunya pada musin pra paska ini agar kita benar-benar diperbaharui dalam iman kita dan berani menjadi pengikut-pengikut Yesus yang berani bersaksi sama seperti Bonda Maria.  

Sesi berikutnya adalah sesi perkongsian dari wakil kedua-dua Keuskupan, dimana mereka mengongsikan pengalaman dan perasaan mereka bersama dengan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria. Disebabkan pandemik yang melanda sebelum ini, Salib Belia dan Ikon Bonda Maria terhenti. Kerinduan mereka memberi semangat yang berkobar-kobar walaupun banyak cabaran yang dihadapi. Salib Belia membawa rahmat ‘KEPERCAYAAN’ dan ‘SOKONGAN’  diantara sesama, sebab tanpa kepercayaan dan sokongan  pasti program Penyerahan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria tidak akan terjadi .

Para belia mengabadikan kenangan bersama Uskup Julius Dusin Gitom dan para paderi

Semoga keberadaan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria di Keuskupan ini akan mengkuatkan lagi Iman para belia.

MENGENAI SABAH YOUTH DAY 6(SYD6) KENINGAU 2024

TEMA-RASIONAL-OBJEKTIF-LOGO-LAGU

Muat Turun Lagu Tema SYD6 di pautan berikut:

https://drive.google.com/file/d/1Mu1HsvXFE7ZcmZCCxCW67cKC_AkPs2IV/view?usp=sharing

CARA PENDAFTARAN

SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI BAHAGIAN PENDAFTARAN SYD6:

  1. Andre Justin Basinau : 010-208 3818 (Mot)
  2. Mellanie Adris : 010-943 4095(Keuskupan Agung Kota Kinabalu)
  3. Jacob Gosibin : 014-856 0052(Keuskupan Keningau)
  4. Vanessa William : 014-353 1804(Keuskupan Sandakan)

SALIB BELIA DAN IKON BONDA

Seperti kebiasaanya setiap kali menjelang SYD6 , Salib SYD6 bersama Ikon Bonda Maria akan dibawa menjelajah ke 3 keuskupan(Agung Kota Kinabalu,Keningau,Sandakan) serta paroki-paroki dalam keuskupan tersebut.

Namun kali ini, Salib dan Ikon hanya akan berada di pusat keuskupan(Katedral)

PENERIMAAN SALIB DI KATEDRAL HATI KUDUS, KOTA KINABALU

KATEDRAL ST.MARY, SANDAKAN

KATEDRAL ST.FRANCIS XAVIER, KENINGAU

PERKEMBANGAN PERJALANAN SALIB BELIA MENUJU SYD6

Artikel oleh : Media SYD-6 dan Koordinator TPBP Gereja Holy Rosary Limbahau

Papar – Pelancaran Sabah Youth Day kali ke-6 (SYD-6) telah berlalu pada beberapa bulan yang lepas. Perjalanan menuju ke SYD-6 kali ini adalah sedikit berbeza daripada SYD lepas. Salib Belia dan ikon Bonda Maria yang sebelum ini bergerak dari paroki ke paroki di setiap Diosis kini hanya akan bergerak dari Diosis ke Diosis sahaja.

Pada 26 November 2023, seramai 300 belia bersama umat sekitar Paroki Limbahau dan Papar berkumpul untuk merayakan Hari Belia Sedunia yang ke-38 di dataran Gereja Holy Rosary Limbahau. Perayaan kali ini menjadi lebih istimewa dan bermakna kerana disambut bersama dengan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria. Antara pengisian program tersebut adalah Konsert Mini, Perkongsian Iman bersama Religious serta Pujian dan Penyembahan. Mendalami pesan Bapa Suci melalui tema ‘Bersukacita Dalam Pengharapan’, sambutan kali ini menaikkan lagi semangat para belia melalui lagu-lagu yang dibawakan dalam Konsert Mini, dengan harapan agar para belia dapat terus menjadi terang dan garam bagi dunia, berani bersaksi dan memberitakan khabar sukacita Kristus kepada semua orang. Program ini diakhiri dengan penghormatan Salib Belia di dalam Gereja Holy Rosary Limbahau. Fr Joshua Liew, Fr Lasius Gantis, Sr Juanah, Sr Jaslia serta para novis turut hadir bersama merayakan perayaan Hari Belia Sedunia ini.

Belia di Paroki Limbahau terus mengambil peluang untuk menjalankan beberapa aktiviti bersama Salib Belia dan ikon Bonda Maria sebelum dihantar ke Kathedral. Salib Belia dan ikon Bonda Maria akan dibawa mengelilingi ke beberapa chapel di sekitar Holy Rosary Limbahau selepas Krismas. Chapel yang terlibat adalah St. Patrick Kinuta, St. Teresa of Avila Kogopon, St. Linus Lingan, dan St. Monica Moindang. Semoga dengan peluang ini, para belia dan umat sekitar dapat lebih menghayati, dan menemui sukacita dalam pengharapan untuk bersedia berhadapan dengan semua persoalan hidup.