PELANCARAN KHEMAH BELIA KEUSKUPAN KENINGAU KALI KE 5

KENINGAU : Pada 10 Mac lalu, pelancaran Khemah Belia Keuskupan Keningau kali ke 5 (KBK5) bagi peringkat paroki Keningau telah diadakan. KBK5 ini merupakan anjuran Komisi Kerasulan Belia Katolik Keuskupan Keningau.

Bertemakan “Sesungguhnya aku ini hamba Tuhan, terjadilah padaku menurut perkataan-Mu,”  KBK5 akan diadakan di Paroki Gereja Roh Kudus, Sook. KBK5 akan berlangsung pada 11 hingga 15 Ogos 2019.

Disamping pelancaran KBK5, seramai 301 orang katekumen telah hadir dalam penerimaan calon baptis. Kesemua katekumen ini akan menerima sakramen pembaptisan semasa paskah.

Penerimaan nama calon baptis

YM Uskup Cornelius Piong selebran perayaan Misa pada waktu itu menyeru para belia dan katekumen agar meneladani sifat Bonda Maria, sesuai dengan tema KBK5.

“Sentiasa berdoa bersamanya dan juga mendengarkan dia, Kerana Bonda Maria memahami segala keperluan umat yang mempercayai Puteranya,” Seru Uskup. KOMSOS K’GAU

Pelancaran KBK 5 dan penyerahan bunting kepada Wakil belia setiap Zon naungan Paroki KSFX

Sharing is caring!