SALIB SYD KE-5 TIBA DI KEUSKUPAN KENINGAU

TAMBUNAN : 4 tahun sudah berlalu, salib Sabah Youth Day ke-5 (SYD-5) dan ikon Bonda Maria kembali ke paroki Holy Cross Toboh dalam sesi jelajah ke setiap paroki di tiga Keuskupan yang ada di Sabah.

Salib SYD-5 bersama ikon Bonda Maria ini tiba di Paroki Holy Cross Toboh pada 2 Jun lalu. Meskipun pesta Kaamatan masih meriah berlangsung tetap tidak mempengaruhi atau menjejaskan semangat bagi para belia untuk melakukan persiapan menantikan ketibaan Salib SYD-5 bersama ikon Bonda Maria ini daripada pihak rombongan Paroki St. Martin, Telupid.

Salib SYD-5 dan Ikon tiba di perkarangan gerbang Paroki Holy Cross Toboh dan dibawa masuk ke kawasan gereja oleh para belia serta rombongan umat daripada Paroki St. Martin yang diketuai oleh Koordinator KBK, iaitu Cik Fettwinda Sipaan bersama dengan paderi pengiring iaitu Rev. Fr. Stanley W. Matakim.

Seramai 100 lebih ahli rombongan yang hadir menyertai penghantaran salib SYD-5 bersama Ikon Bonda Maria tersebut.

 

Kedatangan rombongan daripada Paroki St. Martin disambut dengan gimik pembukaan nyanyian ‘sudawil’ dan tarian tradisi oleh belia Paroki Holy Cross Toboh. Diikuti dengan penyerahan salib dan ikon kepada Sdra. Arnold Wences, koordinator KBK Paroki Holy Cross Toboh.

Penyerahan salib dan Ikon Bonda Maria daripada Cik Fettwinda Sipaan kepada Sdra. Arnold Wences, koordinator KBK Paroki Holy Cross Toboh.

Misa Kudus disempurnakan oleh paderi paroki Holy Cross Toboh, Msgr. Gilbertus Engan bersama dengan Rev. Fr. Stanley Matakim, dan dalam masa yang sama juga para umat dan belia yang hadir dalam misa kudus tersebut, berpeluang mendengar dan mengalami dua perkongsian daripada wakil Paroki St. Martin, Telupid, sebelum upacara berkat meriah pengutusan.                                       

Seusai Misa Kudus, program diteruskan dengan acara makan bersama yang diadakan di Dewan Ton Putman. Disamping menikmati hidangan makanan, mereka yang hadir turut disajikan lagi dengan tayangan montaj sepanjang perjalanan salib SYD-5 dan ikon Bonda Maria di paroki St. Martin. Majlis diakhiri dengan penyerahan fail SYD-5 daripada Sdri. Fettwinda kepada Sdra. Arnold. KOMSOS HCT

Sharing is caring!