Category: LUAR KEUSKUPAN

RETREAT PERKAHWINAN PERINGKAT PAROKI TENOM
Retreat Perkahwinan… telah diadakan di Gereja St. John Mary Vianney, Pamaluyan. Pada 27 Oktober 2018, 11 pasangan telah menyertai retret ini. Retret ini merupakan anjuran bersama Gereja St. Anthony, Tenom dan Gereja Bonda Maria Kemabong. -Matius Mathew Gilbert

BULAN ROSARI PERINGKAT MISSION KEMABONG
Bulan Rosari peringkat Mission Kemabong… Sempena dengan Bulan Rosari iaitu 1 hingga 31 Oktober 2018, Ziarah Statue Bonda Maria telah dijalankan ke seluruh gereja naungan Mission Kemabong . (Salah satu gambar yang ditunjukkan dari KUK St. John Mary Vianney, Pamaluyan menerima Statue Bonda Maria) –Matius Mathew Gilbert
PRA PUKAT KE 11 PERINGKAT PAROKI ZON PEDALAMAN ATAS
Pada 15 September 2018, Pra PUKAT kali ke 11 telah diadakan serentak di tiga buah paroki iaitu Paroki KSFX, Paroki Tenom dan Paroki Sook.
Dalam Pra PUKAT peringkat Paroki KSFX Bapa Uskup membawa kita agar merenung kembali perjalanan iman selama 25 tahun yang lalu sejauh mana misi iman kita telah tercapai.
Prelatus itu juga berpesan serta berharap agar pertemuan Pra PUKAT kali ini dapat merangka dan mengukuhkan lagi landasan 25 tahun akan datang menuju jubli emas, sejajar dengan peredaran masa kini dan mendatang dengan berpusatkan kepada Misi Pastoral itu sendiri “Umat Allah Berjalan Bersama Dalam Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan Yesus Kristus.”
PRA PUKAT KE 11 PERINGKAT PAROKI ZON PEDALAMAN BAWAH
KUALA PENYU : Seramai lebih kurang 200 orang telah menghadirikan diri dalam Pra PUKAT kali ke 11 yang diadakan di Rumah Retret St. Theresia Kanak-kanak Yesus, Purun.
Pra PUKAT peringakat paroki zon pedalaman bawah ini melibatkan 4 buah paroki iaitu Paroki St. Peter Bundu, Kuala Penyu, Paroki St. Valentine, Beaufort, Paroki St. Yohanes Pembaptis, Sipitang dan Paroki St. Patrick, Membakut.