KEUSKUPAN KENINGAU RAIH ULANG TAHUN KE-25

KENINGAU : 5 Mei merupakan tarikh istemewa dan bermakna khasnya umat di Keuskupan Keningau kerana telah berjalan bersama Yesus selama 25 tahun.

Umat Katolik di Keuskupan Keningau kini telah mencecah 135 544 orang berbanding ketika Keuskupan Keningau  yang baru ditubuhkan pada 6 Mei 1993 iaitu sebanyak 56 852 orang.

Seramai lebih kurang 3000 orang yang datang memeriahkan sambutan Perayaan Misa Jubli Perak Keuskupan Keningau yang diadakan di Dataran Keuskupan Keningau. Perayaan ini disempurnakan sendiri oleh YM Bishop Cornelius Piong yang juga meraihkan ulang tahun ke-25 pentahbisannya menjadi Uskup.

Turut hadir Apostolic Nuncio, Kardinal Anthony Soter Fernandez, Uskup Agung dan Uskup serta Paderi dan Diakon. Tidak ketinggalan juga para pemimpin masyarakat dan keluarga serta rombongan mereka.

Sempena dengan perayaan Kamaatan juga, pemberkatan padi telah disempurnakan oleh Rev. Fr. Bonaventure Unting.

Uskup Cornelius menyatakan kesyukuran dan berterima kasih atas kehadiran semua pihak dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tim Perlaksana serta yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan Jubli Perak Keuskupan Keningau.

Setelah sesi ucapan berakhir, gimik pelancaran perayaan iaitu melengkapkan puzzle gambar Keluarga Kudus yang disempurnakan umat yang terdiri daripada golongan muda, suami isteri, warga emas, dan komuniti religius.

Seusai gimik pelancaran Perayaaan, tuan rumah bagi sambutan Ulang Tahun Keuskupan Keningau yang ke-26, diumumkan oleh Uskup iaitu di Paroki St. Valentine, Beaufort. Panji Keuskupan diarak dan diserahkan kepada Msgr. Gilbert dan Pengerusi MPP St.Valentine.

Majlis diteruskan lagi dengan jamuan kesyukuran di Dewan Majlis Pastoral Paroki Keningau.

Sharing is caring!