Belia Zon Minawo anjur Youth Fiesta dengan jayanya

KENINGAU: Pada 23 Julai 2022 yang lalu, Zon Minawo (Paroki Keningau) telah menganjurkan sebuah program sehari iaitu Seminar Kesedaran Panggilan yang berlangsung dari jam 7 pagi sehingga 5 petang. Seramai 60 orang peserta menyertai program ini iaitu dari Zon Minawo dan terdapat penyertaan dari Zon Biah dan Zon Magatang. Bermula dari perkongsian oleh seminarian Appolonius Yakis, tentang Erti Kehidupan dan Panggilan Hidup, para belia dibawa mengenal lebih dalam tentang makna kehidupan mereka. Seterusnya, Fr David Gasikol berkongsi tentang panggilan Menjadi Religius. Klerus itu menekankan betapa pentingnya semangat berjalan bersama dalam pelayanan. Perkongsian oleh En. Jika George pula membawa para peserta untuk mengarahkan hati dan fikiran agar mampu mendengar dan menyedari kehendak dan rencana Tuhan dalam hidup mereka. Perkongsian terakhir, Pilihan Hidup dan Masa Depan oleh Pn Nancy Nelly lebih mengetengahkan bakat yang ada dalam diri para belia. Beliau menyatakan kepentingan menetapkan visi serta harapan belia untuk diri mereka di masa hadapan. Program seminar diakhiri dengan acara bergambar bersama.

Seterusnya, sekitar jam 7 malam, kemeriahan diteruskan dengan Majlis Makan Malam Bersama Family Of St Joseph. Kehadiran tetamu jemputan iaitu para aspiran, seminarian dan Fr. David Gasikol selaku Pendamping bagi Rumah Pembentukan St Joseph disambut oleh para belia dan Pn. Nancy Nelly Joneh, PMPP KSFX juga datang meberikan sokongan bersama Pengerusi Zon Minawo, En. Henry Yamorong dan Pengerusi KUK St Joseph Minawo, En Jika George serta semua umat dari Zon Minawo di dewan Serbaguna Kg. Minawo Laut.

Program dimulakan dengan doa pembukaan oleh Seminarian Appolonius Yakis, dan diteruskan dengan ucapan penghargaan daripada koordinator Fiesta Belia, En. Fevian Felix. Seterusnya, En Jika George, melalui ucapannya menyimpulkan bahawa, belia Zon Minawo telah melaksanakan tanggungjawab mengendalikan program ini dengan begitu baik sekali. Acara diteruskan dengan mendengar ucapan daripada Fr. David Gasikol, klerus itu menyatakan rasa syukur dan terima kasihnya kepada semua umat di Kuk St Joseph Minawo atas kerjasmaa dan kebersamaan ini, dan beliau berharap agar hubungan baik ini terus terjaga,“suatu hari nanti pasti akan ada anak muda yang menyahut panggilan dari tempat ini”, tegas klerus itu sebelum mengakhiri ucapannya.

Seterusnya, majlis ini diisi dengan persembahan nyanyian oleh para aspiran, cabutan nama bertuah dan persembahan istimewa dari Kerasulan Hidup Keluarga Katolik Kuk Minawo (KHKK) dan penayangan video oleh KBK Kuk Minawo. Majlis ditutup dengan doa oleh Fr. David Gasikol pada jam 10 malam_Melissa Floly

Para peserta mengabdikan gambar kenangan diakhir seminar
Sempat tersenyum para peserta dalam sesi perkongsian mereka!!
Rev. Fr David Gasikol menerima saguhati daripada Koordinator Yout Fiesta Fevian Felix

SALIB SYD KE-5 TIBA DI KEUSKUPAN KENINGAU

TAMBUNAN : 4 tahun sudah berlalu, salib Sabah Youth Day ke-5 (SYD-5) dan ikon Bonda Maria kembali ke paroki Holy Cross Toboh dalam sesi jelajah ke setiap paroki di tiga Keuskupan yang ada di Sabah.

Salib SYD-5 bersama ikon Bonda Maria ini tiba di Paroki Holy Cross Toboh pada 2 Jun lalu. Meskipun pesta Kaamatan masih meriah berlangsung tetap tidak mempengaruhi atau menjejaskan semangat bagi para belia untuk melakukan persiapan menantikan ketibaan Salib SYD-5 bersama ikon Bonda Maria ini daripada pihak rombongan Paroki St. Martin, Telupid.

Continue Reading →

PERSIAPAN ROHANI KBK5 FASA 1 DAN PERSIAPAN PENERIMAAN SALIB DAN IKON BONDA MARIA BAGI KEUSKUPAN KENINGAU

KENINGAU : Pada 5 hingga 7 April yang lalu, telah diadakan Persiapan Rohani KBK5 dan persiapan rohani penerimaan Salib dan Ikon Bonda Maria bagi belia di Keuskupan Keningau bertempat di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal. Program ini dihadiri oleh para perwakilan dari setiap paroki dan mission serta para penganjur utama KBK5.

Continue Reading →

PELANCARAN KHEMAH BELIA KEUSKUPAN KENINGAU KALI KE 5

KENINGAU : Pada 10 Mac lalu, pelancaran Khemah Belia Keuskupan Keningau kali ke 5 (KBK5) bagi peringkat paroki Keningau telah diadakan. KBK5 ini merupakan anjuran Komisi Kerasulan Belia Katolik Keuskupan Keningau.

Bertemakan “Sesungguhnya aku ini hamba Tuhan, terjadilah padaku menurut perkataan-Mu,”  KBK5 akan diadakan di Paroki Gereja Roh Kudus, Sook. KBK5 akan berlangsung pada 11 hingga 15 Ogos 2019.

Continue Reading →

SAMBUTAN MINGGU KATEKATIKAL SEMALAYSIA PAROKI KSFX

KENINGAU : Sempena dengan Minggu Katekatikal SeMalaysia, Komiti Katekatikal Paroki KSFX telah mengadakan beberapa aktiviti yang dijalankan pada 26 – 27 Januari lalu.

Program dimulakan dengan pentakhtaan Alkitab yang dijalankan oleh Kat. Rita Titing, Pengerusi Katekatikal Paroki KSFX. Diikuti dengan katekesis tema Minggu Katekatikal “Kristus misi Kita” yang disampaikan oleh Sr. Christella Lim

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya adalah Pertandingan Bercerita, Pertandingan Pidato, Pertandingan Melukis, Pertandingan Pameran Katekatikal dan juga pertandingan pameran karya seni reka cipta.

Continue Reading →