PERSIAPAN ROHANI KBK5 FASA 1 DAN PERSIAPAN PENERIMAAN SALIB DAN IKON BONDA MARIA BAGI KEUSKUPAN KENINGAU

KENINGAU : Pada 5 hingga 7 April yang lalu, telah diadakan Persiapan Rohani KBK5 dan persiapan rohani penerimaan Salib dan Ikon Bonda Maria bagi belia di Keuskupan Keningau bertempat di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal. Program ini dihadiri oleh para perwakilan dari setiap paroki dan mission serta para penganjur utama KBK5.

Program khas ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan para pemimpin belia di seluruh Keuskupan Keningau untuk sama-sama mempersiapkan diri mereka dan seterusnya belia-belia di paroki / mission dalam menuju Khemah Belia Keuskupan Keningau ke-5 yang bakal diadakan di Paroki Roh Kudus, Sook pada 11 – 15 Ogos 2019 kelak serta penerimaan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria yang akan tiba di Keuskupan Keningau iaitu dimulai Paroki Holy Cross, Toboh pada 02 Jun 2019 nanti.

Program berkonsepkan Training of Trainers (TOT) ini juga bertujuan untuk melatih dan mengongsikan kemahiran menjadi seorang fasilitator atau pembimbing belia untuk sesi-sesi seperti Katekisis, perkongsian, para liturgi serta aktiviti yang akan dijalankan apabila Salib dan Ikon berada di Paroki / Mission di samping memupuk persahabatan dan kerjasama antara sesama belia di Keuskupan Keningau.

Adalah diharapkan agar melalui program ini, para belia semakin bersemangat dan lebih bersedia dari segi rohani, fizikal dan mental serta mempunyai keyakinan diri dan perancangan awal untuk menyambut ketibaan Salib dan Ikon Bonda Maria di Paroki / Mission masing-masing dan menghadiri KBK5 kelak. Team Publisiti KBK5.

Antara aktiviti sepanjang program

Sharing is caring!