“Whatever happens, Be always trust and peace with God” Perkongsian Sr.Clarice Marius, IJ Sempena Hidup Bakti Keuskupan Keningau

Sr.Clarice Marius, IJ

Saya Sister Clarice Marius dari kongregasi Infant Jesus sister. Saya berasal dari Kampung Tigot, Keningau. Saya dari keluarga yang besar dan saya anak ketujuh dalam 10 adik beradik.

Waktu remaja saya sangat aktif dalam pelayanan gereja seperti pelayan altar, choir sebagai KBK dan juga mengikuti aktiviti KWK. Saya tidak pernah mengikut seminar panggilan. Perkataan ‘hidup biara atau religious’ di perkenalkan oleh ibu-ibu KWK ketika saya mengikuti pelayanan mereka. Saya rasa benih itu bermula di sana.

Walaubagaimanapun, selepas SPM saya keluar berkerja tetapi saya tidak pernah berkerja lama di sebabkan kerinduan mahu mengikuti aktiviti gereja dan mengikuti misa. Saya rasa semua ini rencana Tuhan, saya dapat memasuki Monfort youth training center di mana para belia lelaki dan perempuan dapat bimbingan rohani. Di sinilah, saya mengenali Infant Jesus sister. Sr. Teresa di jemput oleh Monfort Brother untuk membimbing kami dari segi Rohani terutama sekali mengenal Yesus dengan lebih dalam lagi melalui perkongsian alkitab, berdoa dan merenung sabda Allah. Sr. Teresa jugalah yang memperkenalkan saya tentang apa itu panggilan Tuhan. Dia memperkenalkan kepada kami pelbagai kongregasi.

Kenapa saya memilih Infant Jesus Sister kerana:

  1. Saya mengenal mereka lebih dulu dan tertarik dengan cara, semangat pelayanan mereka yang sentiasa bertenaga walaupun sudah tua, tidak berputus asa.
  2. Keberanian mereka melayani di pedalaman terutama dari segi pendidikan, walaupun dengan perjalanan yang susah ketika itu.
  3. Tertarik dengan sifat pengasas kami iaitu rendah hati dan sentiasa terbuka akan panggilan Tuhan dan kemudian membimbing para wanita yang ingin melayani di ladang Tuhan dan akhirnya menyahut panggilan untuk hidup membiara.

Pertanyaan dalam diri saya apabila melihat sifat yang mereka miliki ialah macam mana mereka semua mempunyai kekuatan semangat pelayanan walaupun susah. Dan saya dapati ianya datang dari berkat kuasa Tuhan. Selain itu, mereka juga mengambil image bayi Yesus sebagai contoh dalam pelayanan mereka kerana sifat bayi Yesus yang sangat indah sekali.

Cabaran dalam religious life ada banyak terutama sekali:

  1. Hidup berkomuniti kerana kongregasi saya dari pelbagai bangsa, bahasa dan budaya.  Jika dalam keluarga pun boleh ada perselisihan faham apakan lagi bersama komuniti yang berlainan bangsa, bahasa, budaya dan pendapat.

Saya mahu mengakhiri perkongsian ini dengan quote dari pengasas kami Fr. Nicolas Barred dan dari petikan injil Matius 28:20 yang membuat saya selalu kuat dalam perjalanan mengikuti Yesus.

 “Whatever Happens… Be always at peace and trust in God, What you will experience will be in proportion to your Faith, your Hope and your Love and even more abundantly than that” (Fr. Nicolas Barre).

PELAFAZAN KOMITMEN ANGGOTA ISKB

KENINGAU : Dengan penyertaan kuasa Tuhan, Institusi Sekular Komuniti Betania (ISKB) telah meraikan seorang lagi anggota yang melafazkan Komitmen Pertama iaitu Saudara Marcel Lasius. Pada masa yang sama, tiga orang anggota ISKB juga memperbaharui Komitmen Sementara iaitu Saudari Janet Leong, Saudari Liza Matthew dan Saudari Mariana William.

1) Pelafazan Komitmen Pertama(Tengah): Sdra. Marcel Lasius. 2)Pembaharuan Komitmen Sementara(Dari Kiri): Sdri.Liza Matthew, Sdri.Mariana William(berlutut) dan Sdri.Janet Leong

ISKB telah dibentuk dan disahkan secara rasmi pada 27 Julai 1997 di Katedral St. Francis Xavier Keningau yang disempurnakan oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong selaku Pengasas ISKB. Komuniti ini adalah kelompok anggota Gereja sama ada wanita dan lelaki yang memilih hidup tunggal untuk Tuhan. Komuniti ini adalah satu alternatif bagi Gereja menjawab panggilan Tuhan untuk melayani di ladang-Nya yang luas, sekiranya hidup berkahwin, membiara atau Imamat tidak menjadi pilihan. Pelayanan yang dilakukan oleh anggota ISKB adalah menurut karisma masing-masing tetapi berlandaskan kepada wawasan Keuskupan tempat di mana anggota ISKB melayani.

Setakat ini, anggota ISKB mempunyai 23 orang anggota yang melayani di Keuskupan Agung Kota Kinabalu dan juga di Keuskupan Keningau. Anggota ISKB hidup dan memilih pekerjaan sendiri sesuai dengan bakat, kemampuan dan kesempatan yang ada dengan menghayati komitmen yang diikrarkan melalui penglibatan secara sukarela dan aktif dalam pelbagai kegiatan di dalam Gereja, Jabatan Kerajaan dan masyarakat dan pekerjaan sederhana.

Saudara Marcel Lasius merupakan anak kelahiran Kampung Sunsuron, Tambunan dan merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik beradik. Beliau kini bekerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan (M.A.) di Hospital Tambunan. Bermula sebagai peninjau ISKB pada tahun 2017 sehingga 2021 dan setelah mengikuti pembentukan selama 4 tahun, beliau mengorak langkah mengambil Komitmen Pertama selaku anggota ISKB. Dalam sesi ucapannya, Saudara Marcel menyatakan bahawa secara peribadi, menemukan panggilan hidup adalah suatu perjalanan yang panjang, suatu renungan bertahun-tahun lamanya untuk memahami apa yang Tuhan inginkan. Setelah menggali dan berfikir sedalam-dalamnya, akhirnya beliau berserah kepada kehendak Tuhan dan menyatakan ‘YA’ kepada-Nya dan mengambil keputusan bergabung dalam ISKB sebagai anggota berkaul dalam kemurniaan, kesederhanaan dan ketaatan.

Upacara Pelafazan Komitmen Pertama Sdra.Marcel Lasius yang disempurnakan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong

Bapa Uskup dalam homilinya, menyatakan kesyukuran kepada Tuhan atas kesempatan merayakan hidup tunggal untuk Kristus sebagai ungkapan mahu melayani Dia dan umatNya. Prelatus itu menyeru agar semua anggota ISKB sentiasa mengingati kesatuan dengan Yesus Kristus  dengan ketaatan berdoa setiap hari, membaca dan merenung sabda Tuhan setiap hari dan turut serta dalam Perayaan Ekaristi. Harapannya adalah agar semua anggota ISKB dapat berjalan bersama dalam kesatuan, kesetiaan dan kekudusan Yesus Kristus dan menjadikannya sebagai pedoman dan landasan perjalanan hidup dalam komuniti.

(dari kiri) Turut memberi sokongan Rev.Fr. Charles Chiew, Moderator ISKB, Mary Tunsin dan Rev.Fr. Bonaventure Unting

Selepas Misa Kudus, jamuan kesyukuran diadakan di Dewan St. John Mary Vianney, RRKKT- Janet Leong

PERLAFAZAN KOMITMEN PERTAMA ANGGOTA ISKB

KENINGAU : Pada 14 Disember 2018, saudari Liza Matthew telah melafazkan komitmen pertama beliau sebagai anggota Institusi Sekular Komuniti Betania (ISKB). Bertempat di Rumah Retret Keuskupan Keningau, Tatal (RRKKT).

Sempena dengan itu, perayaan Misa telah disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong. Dihadiri lebih kurang 200 orang umat.

Dalam masa yang sama juga, empat orang anggota ISKB turut memperbaharui komitmen mereka di hadapan Uskup dan umat yang turut hadir memeriahkan majlis.

Continue Reading →

SURAT PASTORAL : PERTUKARAN PADERI KEUSKUPAN KENINGAU

Rev. Fathers, Religius Brothers dan Sisters, Seminarians, Komuniti ISKB, para Katekis, Pengerusi dan Ahliahli TPK, MPP, MPM, KWK, KBK, KKD, Komuniti dan semua Umat.

Saudara-saudari yang saya kasihi dalam Kristus. Puji Tuhan. Perjalanan kita bersama sepanjang tahun 2018 ini hampir selesai. Tahun Liturgi kita akan berakhir pada Pesta Kristus Raja 25/11/2018 dan kita akan memasuki tahun baru Liturgi Gereja pada perayaan Hari Minggu pertama masa Adven. Kalender 2018 juga hanya tinggal satu bulan sahaja lagi sebelum kita memasuki tahun baru 2019.

Continue Reading →

MESYUARAT AGUNG INSTITUSI SEKULAR KOMUNITI BETANIA SESI 2018 -2023

KENINGAU: Mesyuarat Agung Institusi Sekular Komuniti Betania (ISKB) Sesi 2018 -2023 telah diadakan di Rumah Retret Keuskupan Tatal pada 9 Jun 2018. ISKB ini dianggotai seramai 20 orang ahli yang berkomitmen kekal dan sementara. Komuniti ini adalah kelompok anggota Gereja yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang ingin dan memilih hidup bakti dan tunggal untuk Yesus.

Continue Reading →