KENINGAU : Sempena dengan Minggu Katekatikal SeMalaysia, Komiti Katekatikal Paroki KSFX telah mengadakan beberapa aktiviti yang dijalankan pada 26 – 27 Januari lalu.
Program dimulakan dengan pentakhtaan Alkitab yang dijalankan oleh Kat. Rita Titing, Pengerusi Katekatikal Paroki KSFX. Diikuti dengan katekesis tema Minggu Katekatikal “Kristus misi Kita” yang disampaikan oleh Sr. Christella Lim
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya adalah Pertandingan Bercerita, Pertandingan Pidato, Pertandingan Melukis, Pertandingan Pameran Katekatikal dan juga pertandingan pameran karya seni reka cipta.