Keningau – Komiti Belia Katolik (KBK) Zon Minawo telah mengadakan Kem Belia peringkat Zon Minawo pada 8-10 Jun 2018, di Dewan Kg. Baitah. Tema bagi kem ini ialah “Pergilah dan Beritakanlah Kerajaan Allah Sudah Dekat” (Mat 10:7).
Hari Pertama pendaftaran bermula seawal jam 3.30 petang, disusuli dengan Misa pembukaan yang disempurnakan oleh Rev.Fr Bonaventure Unting.
Sesi ceramah dan aktiviti kerohanian dimulakan dengan “Welcoming Night” dan disusuli dengan ceramah pertama “Siapakah Aku Sebagai Belia” disampaikan oleh Bro. Jika Guka.
Pada hari yang berikutnya, Komisi Kerasulan Belia Keuskupan (KKBK) menyampaikan sesi yang bertajuk “Laudato Si.” Seterusnya, Dikon David Gasikol menyampaikan sesi terakhir “Theology of The Body.” Pada sebelah petang pula KBK KUK Baitah membawa belia-belia beriadah dalam sukan dan rekreasi.
Pada malam 9 Jun, sesi “Perdamaian Unggun Api” yang dipimpin oleh Kat. Freddy Hendrikus. Seramai 108 orang peserta dibawa merenung perjalanan kehidupan mereka bersama Yesus.
Tujuan perlaksanaan aktiviti-aktiviti dalam kem tersebut adalah supaya para belia dapat memahami tentang iman dan peranan sebagai belia Katolik.
Kem ini merupakan kem yang ke-3 kalinya diadakan di Zon Minawo dan mendapat sambutan yang amat memberansangkan. Sebelumnya, kem ini diadakan di Gereja St.Yohanes Rasul, Bomboi.
Pada 10 Jun 2018 bertempat di Gereja St. Joseph Minawo, upacara perlantikan tiga umat awam sebagai Katekis Pemimpin Pelbagai Upacara Doa iaitu Sdra. Henry Yamorong, Wenceslaus Galangang dan Puan Amelia Matasan dalam Misa penutupan kem belia yang disempurnakan oleh Rev. Fr Charles Chiew.
Dalam homili, Fr Charles menekankan kepada semua umat agar sentiasa berdoa dan mendoakan sesama kerana saitan sentiasa berusaha untuk menarik manusia jatuh ke dalam dosa. – Tadius Kilip