MERIAH TAMU SOLIDARITI PERINGKAT PAROKI KSFX

KENINGAU : Tamu Solidariti bagi peringkat Paroki KSFX telah diadakan pada 7 Oktober 2018. Bertempat di Dataran Keuskupan Keningau.

Tamu Solidariti ini merupakan satu aktiviti yang diadakan setiap tahun. Tujuan diadakan adalah untuk pencarian dana bagi kegunaan membangun dan membiayai penyelenggaraan kemudahan-kemudahan fizikal seperti bangunan-bangunan Chapel dan Dewan Gereja di stesen luar serta Wisma Katekatikal di KSFX. Namun tujuannya bukanlah setakat mengumpulkan dana tetapi juga memberi kesempatan kepada umat untuk mengungkapkan kesatuan, kesetiaan dan kasih selaku anggota gereja.

Continue Reading →

ULANG TAHUN AUDIO KUPI ROHANI KALI KE 2

KENINGAU : Mula beroperasi selama dua tahun, Audio Kupi Rohani kini telah menyambut ulang tahunnya yang kedua. Misa Kudus sempena dengan Ulang Tahun Kupi Rohani Ke-2 telah diadakan pada 5 Oktober 2018 di Pusat Ziarah Kudus Nulu Sosopon (PZKKNS).

Misa yang disempurnakan oleh Uskup Datuk Cornelius Piong dibantu oleh Rev. Fr. Rudolp yang merupakan pengasas Audio Kupi Rohani.

Misa dihadiri oleh penyampai dan pendengar Kupi Rohani serta umat sekitar Paroki Keningau dan Keuskupan Agung Kota Kinabalu.

Continue Reading →

PEMBUKAAN BULAN ROSARI

KENINGAU :  Bulan Oktober merupakan bulan mendoakan doa Rosari mengikut tradisi Gereja Katolik pada setiap tahun. Pada 1 Oktober, perayaan Misa sempena dengan pembukaan Bulan Rosari telah diadakan di Katedral St. Francis Xavier (KSFX). 1 Oktober juga merupakan Pesta St. Theresia Kanak-kanak Yesus yang merupakan penaung bagi misi gereja.

Sebelum Misa Kudus, umat berdoa Rosari bersama YM Uskup Cornelius Piong di Grotto KSFX.

Continue Reading →

AKTIVITI SEMPENA DENGAN MINGGU KATEKATIKAL SEDUNIA PERINGKAT PAROKI KSFX

KENINGAU : Komiti Katekatikal telah mengadakan aktiviti sempena dengan Minggu Katekatikal Sedunia di St. Yohanes Penginjil, Senagang. Meskipun Minggu Katekatikal Sedunia disambut pada bulan Februari lepas, namun aktiviti sempena dengan Minggu Katekatikal ini diadakan pada 29 – 30 September 2018.

Program yang bertemakan “Kristus Pengharapan Kita” berlangsung selama dua hari. Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan bercerita dan berpidato serta pertandingan melukis. Selain itu, pertandingan pameran bagi setiap Zon dibawah naungan Paroki KSFX juga turut diadakan.

Continue Reading →