ZON MINAWO MERAYAKAN HARI MINGGU ALKITAB

Keningau – 08 Julai 2018, Zon Minawo telah menganjurkan program Minggu Alkitab. Bertemakan “Orang Muda, Iman dan Renungan Mendalam Terhadap Panggilan” diadakan di St. Michael Kindasan. Program ini telah diadakan dengan jayanya oleh Team Penganjur yang diketuai oleh Pengerusi KUK Kindasan iaitu En Samuel Yamorong dan Ahli Jawatankuasa pelaksana.

Program yang bermula seawal pukul 8 pagi dimulakan dengan Ibadat Sabda yang disempurnakan oleh Kat Patrick Marius. Taklimat dan Pentaktahan Alkitab dijalankan sebelum pembacaan. Program ini melibatkan kira-kira 60 orang. Pertandingan dibahagikan kepada lima kategori yang melibatkan 35 penyertaan umat sekitar Zon Minawo. Antara kategori pertandingan yang dijalankan adalah pertandingan Lektor, Syarahan, Mewarna dan Melukis kanak-kanak dan Kuiz Alkitab.

Umat Zon Menawo yang terlibat dalam Minggu Alkitab

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang serta ucapan daripada En. Samuel Yamoron disusuli oleh Pengerusi Zon En. Kenneth Mahinggi

“Program ini akan dianjurkan pada setiap tahun dengan tema dan tempat yang berbeza” kata Pengerusi Zon.

En. Kenneth mengumumkan bahawa tuan rumah bagi sambutan Minggu Alkitab 2019 adalah KUK St.Monica, Baitah. Diikuti dengan Doa Penutup yang disempurnakan oleh Kat. Rinus Kilip.– Tadius Kilip

Sharing is caring!