REKOLEKSI GURU DAN LEMBAGA PENGURUSAN TADIKA

KENINGAU : Rekoleksi bagi Guru Tadika dan Lembaga Pengurusan Tadika bagi Paroki Keningau telah diadakan pada 10 Mac lalu. Rekoleksi ini bertempat di Pusat Ziarah Keluarga Kudus Nulu Sosopon (PZKKNS). Seramai 34 orang telah menghadirkan diri yang terdiri daripada guru-guru tadika, Sisters merangkap Guru Besar Tadika dan ahli Lembaga Pengurusan Tadika.

Rekoleksi dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Dikon David yang bertajuk “Komitmen dan Sukacita Dalam Hidup.” Rekoleksi diakhiri dengan perayaan Misa yang disempurnakan YM Uskup Cornelius Piong di Gereja PZKKNS.

 Uskup menyatakan bahawa guru dan ahli Lembaga Tadika bahawa tugas yang dipikul bukan sahaja untuk mendidik tetapi juga menjadi saluran kehadiran Yesus bagi kanak-kanak yang dididik. Menjadi pendidik merupakan salah satu perutusan dan panggilan daripada Tuhan.

 “Sentiasalah berdoa kepada Tuhan dan memohon Roh Kudus untuk membantu dalam tugas melayani sebagai seorang pendidik dan membimbing kamu dalam membuat pertimbangan-pertimbangan yang baik. Pohon Roh Kudus agar memahukan kita untuk menjalankan tugas yang diutus oleh Tuhan,” Ujar Uskup dalam homilinya.

Seusai perayaan Misa, acara bergambar bersama diadakan dan jamuan tengah hari bersama Uskup di Kantin PZKKNS.

Sharing is caring!