KURSUS PRA PERKAHWINAN PERINGKAT ZON MINAWO TAHUN 2018

Keningau – Komiti Umat Katolik Zon Minawo telah mengadakan Kursus Pra Perkahwinan  peringkat Zon Minawo pada 10 Mac 2018, seramai 14 pasangan telah menyertai bertempat di KUK St.Joseph Minawo Keningau.

          Sesi pendaftaran peserta dijalankan seawal jam 7.00 pagi,dan disusuli dengan Sesi ceramah yang pertama iaitu “Undang-undang Dalam Perkahwinan Katolik” yang dikendalikan oleh Cikgu Patrick Marius. Diikuti dengan ceramah bertajuk ”Kesihatan Keluarga  Kristian” yang disampaikan oleh Katekis Peter Alban.

Sesi ketiga diambil alih oleh saudara Katekis Freddy Hendrikus yang bertajuk “Kerohanian dalam Keluarga Kristian”. Kemudian, kursus ditangguhkan untuk makan tengah hari.

          Pada sebelah petang pula, sesi yang berikutnya disampaikan oleh Katekis Rinus Kilip yang bertajuk “Tanggungjawab Keluarga Kristian.” Sesi yang terakhir adalah “Liturgi dan Perancang Keluarga Kristian” disampaikan oleh Katekis Severinus Jaitin

Sebelum bersurai, sesi soal jawab diadakan serta penyampaian sijil. Kursus kemudian diakhiri dengan majlis makan bersama. –  Tadius Kilip

Sharing is caring!