LAWATAN PASTORAL KE GEREJA LUAR STASI PAROKI KSFX

KENINGAU : Pada 29 hingga 30 Januari 2019, satu lawatan pastoral ke gereja luar stasi, Gereja St. Filipus Rasul, Kg. Suanal di Zon Pun Batu telah diadakan. Lawatan ini diketuai oleh Rev. Fr. David Richard Gasikol sebagai pembimbing rohani, Sem. Nakudah Kilin, Tim Turun Ladang (TTL) dan juga Tim Komuniti Tritunggal Mahakudus (KTM).

Objektif utama lawatan ini adalah untuk mencapai umat Katolik yang jauh daripada pusat gereja dan menjanjikan santapan iman kepada mereka, seterusnya memberikan Sakramen.

Zon Pun Batu terletak kira-kira 150 kilometer daripada pusat gereja, Katedral St. Francis Xavier. Disebabkan oleh keadaan jalan yang kurang baik, mencabar Tim lawatan dan mengambil masa lebih kurang enam jam untuk tiba ke destinasi.

Fr. David membaptis bayi dan dibantu oleh Sem. Nakudah

Ahli Jawatankuasa baru KUK Suanal

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang lawatan adalah memantau pembentukan ahli jawatankuasa KUK Suanal bagi sesi 2019-2021, memberikan sakramen pembaptisan dan pengakuan serta perutusan kepada Kat. Yeremia Tinus untuk melayani di Gereja St. Filipus.

Perlantikan baru Kat. Yeremia

Disamping itu juga, Fr. David turut melancarkan Tahun Misi 2019.

Diharapkan lawatan ini memberikan impak positif kepada umat di KUK Suanal agar terus teguh dalam iman mereka. –Roger Gasikol

Tim lawatan bersama umat KUK Suanal

Sharing is caring!