PEMILIHAN PASTORAL PERINGKAT PAROKI KENINGAU

KENINGAU : “Seorang pemimpin sejati harus tahu jalannya, menunjukkan jalannya dan mengikuti sendiri jalan yang ditunjukkannya. Ini bererti bahawa seorang pemimpin sejati perlu ada Visi, misi dan matlamat. Dalam memimpin umat yang dipercayakan, kita perlu sentiasa merujuk kepada Yesus, pemimpin sejati kita. Yesus tahu jalan menuju ke mana kerana kesatuanNya dengan Allah Bapa maka Dia sedar bahawa Dia diutus oleh Allah Bapa untuk melakukan kehendakNya (Yoh 4:34). Yesus dapat menunjukkan jalan yang benar kerana Dia hidup dalam kesatuan dan kesetiaan dengan Allah Bapa (Yoh 14:6). Dia tidak setakat mengajar dengan kata-kata tetapi Dia melakukan sendiri apa yang diajarkanNya kepada murid-muridNya,” Uskup dalam ucapannya.

Setiap tiga tahun sekali, Pentadbiran Pastoral akan mengalami perubahan. Biarpun pada kali ini pelayanan mereka melebihi 3 tahun (sesi 2015-2018) bagi memberi laluan kepada sambutan perayaan Jubli Perak  Keuskupan yang jatuh pada tahun lalu.

Proses pemilihan Pastoral MPP KSFX dimulai dengan ucaptama daripada YM Bapa Uskup, dimana prelatus itu membawa teladan Kepimpinan Yesus sendiri untuk dicontohi oleh setiap pemimpin  dari akar umbi.

Perjalanan Proses pemilihan Pastoral bagi sesi 2019-2021

Melalui katekesis yang disampaikan oleh Rev. Fr. Bonaventure Unting bertajuk “Kepimpinan bersifat hamba,” beliau menegaskan bahawa setiap pemimpin harus menyedari akan tanggungjawab gembala atas umat yang dipercayakan. Umat dan ladang yang dipercayakan adalah milik Tuhan dan kita harus  menjaga kebajikannya dengan sebaik mungkin. Sebagai hambaNya, biarlah semangat kepimpinan kita juga seperti Yesus sendiri yang walaupun adalah Putera Allah, tetap menyatakan diriNya sebagai hamba untuk menyatakan kerajaan Allah.

Proses pemilihan telah mulai dijalankan bermula di peringkat KKD, KUK dan Zon sejak Januari lepas. Ianya dipantau oleh Tim yang diketuai oleh mantan  Pengerusi MPP, Pn. Stella Kinsik dengan dibantu oleh AJKT MPP sesi lalu, pelajar PPK tahap 2 dan Komiti Katekis.

Manakala pemilihan Pastoral MPP diadakan pada 16 Mac lalu setelah selesainya keseluruhan proses pemilihan di setiap Zon dan KKD sekitar Paroki KSFX.Pemilihan ini dihadiri oleh 31 orang pengerusi KKD dan KUK sekitar KSFX serta 12 orang pengerusi Zon. 

Cik Nancy, pengerusi MPP KSFX sesi 2019-2021 memberikan ucapan.

Dalam ucapannya, Cik Nancy Nelly Joneh selaku pengerusi baru MPP KSFX sesi 2019-2021, melahirkan rasa syukur atas penyertaan Tuhan sepanjang proses pemilihan diadakan di peringkat KKD, KUK, Zon dan seterusnya pemilihan Pastoral MPP. 

Uskup bersama barisan AJKT MPP KSFX bagi sesi 2019-2021

Uskup bersama AJKT MPP KSFX, Pengerusi-pengerusi KKD dan Zon serta Tim Pelaksana.

Paroki KSFX kini mempunyai 12 buah Zon melalui penstrukturan semula dengan  Zon Luanti dan Zon Bulu Silou sebagai Zon yang baru.

Pemilihan pastoral bagi 12 AJKT KWK dan KBK turut diadakan pada minggu berikutnya. Pemilihan AJKT KBK diadakan pada 18 Mac 2019. Manakala Pemilihan Pastoral  AJKT KWK pada 21 Mac 2019.

Pemilihan pastoral ini turut diadakan di seluruh paroki naungan Keuskupan Keningau.

Seusai pemilihan AJKT MPP, Perlafazan komitmen bagi AJKT MPP, semua pengerusi KKD, KUK dan Zon sekitar KSFX telah diadakan pada hari minggu, 17 Mac 2019 di hadapan Uskup dan umat yang hadir. KOMSOS KGAU

Upacara Perlafazan Komitmen oleh AJKT MPP, Pengerusi-pengerusi Zon, KUK dan KKD

Uskup bersama AJKT MPP KSFX, Pengerusi-pengerusi Zon dan  KKD naungan paroki KSFX

Sharing is caring!