OUTING BERSAMA UMAT DI KUK ST. FRANCIS ASSISI SINUA, SOOK

SOOK: 1hb dan 2hb Mei yang lalu menyaksikan satu program percutian para paderi dan Seminarian bertempat di KUK St. Francis Assisi Sinua, Sook. Hari pertama percutian tersebut telah dimulai dengan perayaan Misa Kudus bersama umat di Gereja dan seterusnya diikuti dengan program makan malam bersama yang bertempat di “Trusmadi Resthouse”.

OUTING

Hari kedua perkampungan para Paderi muda dan Seminarian bersama umat KUK Sinua telah dimulai dengan Misa Harian yang bertempat di “Trusmadi Resort”. Misa yang berkonsepkan “Mass by the Riverside” sememangnya menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan bagi semua yang hadir sepanjang program tersebut. Fr. Bonaventure di dalam homilinya mengungkapkan syukur kepada Tuhan atas anugerah kehidupan ini. Sempena dengan percutian Paskah tersebut, ulangtahun Kepaderian Fr. Bonaventure yang ke-16 tahun juga turut dirayakan bersama. Beliau mengungkapkan terima kasih kepada umat dan juga para Seminarian yang hadir atas inisiatif yang telah diambil.

Percutian tersebut turut disertai oleh para Paderi dari Paroki Roh Kudus Sook iaitu Fr. Claudius Andrew dan Fr. Harry Dorisoh. Seminarian yang turut hadir bersama sepanjang percutian tersebut termasuklah Seminarian David, Wilfred, Nelbart, dan Francis.

Sharing is caring!