PEMBAPTISAN IKK KSFX

KSFX: Pada 23 April 2017 yang lalu seramai 16 orang calon baptis Inisiasi Kristian Kanak-kanak telah menerima sakramen pembaptisan manakala 22 orang lagi menerima sakramen pembaptisan dan komuni pertama. Pembaptisan itu dijalankan di Katedral St.Francis Xavier Keningau dalam Misa Kedua yang bermula pada jam 9.30 pagi yang mana di upacarakan oleh Rev.Fr Hilanus Simon.

IKK 1

Di dalam homili beliau mengatakan bahawa mempercayai sesuatu tetapi masih lagi disertai keragu-raguan ialah salah satu sifat semulajadi manusia dalam kehidupan  seorang manusia. Hal ini misalnya terjadi dalam kehidupan manusia cenderung menyatakan bahawa mereka  percaya kepada kawan-kawan, percaya kepada suami atau isteri, percaya kepada pejabat-pejabat awam, mahu pun kepercayaan kepada ketulusan anggota polis

IKK 2

IKK 3

Tambah beliau lagi, hal kepercayaan dalam konteks manusiawi seharusnya disertai dengan pengetahuan. Kita tidak seharusnya mempercayai sesuatu maklumat dengan bulat-bulat. Kita perlu menyelidiki maklumat tersebut. Dalam hal iman berbeza. Bagai mana kita mengatakan hal kepercayaan itu, setelah kita melihat dan menyentuh seperti Thomas. Adakah Tuhan Yesus datang kembali, lahir kembali dan mati sekali lagi baru kita mahu percaya? Jadi dalam hal iman ini saudara-saudari kita melihat campur tangan Tuhan dalam kehidupan kita yang terjadi dalam banyak perkara sebagai sumber, sebagai kekuatan kepada kita untuk kita percaya kepada Tuhan. Dari darah dan air yang mengalir dari lambung yang ditikam dari rusukNYa. Yang mana darahNya itu memperingatkan simbol akan sakramen-sakramen yang kita terima dalam gereja. Terutamanya Ekaristi. Air yang melambangkan simbol pembaptisan kita. Dan juga Roh Kudus yang merupakan tanda belas kasih Tuhan kepada kita yang harusnya kita percaya walaupun kita tidak melihatnya. Kalau kita masih lagi kurang percaya. Kita tanya pada diri kita. Mengapa dalam kehidupan saya saya mempunyai akal fikiran. Siapa yang memberikan akal fikiran itu? Mengapa dalam kehidupan saya, saya dapat memebezakan mana yang pahit dan mana yang manis. Siapa yang memberikan saya rasa ini?  Mengapa dalam kehidupan manusia ini ada siang dan malam. Mengapa manusia bekerja? Di siang hari bekerja, di malam hari tidur? Siapa yang memberi siang dan malam itu? dan begitu juga kalau manusia itu tidur? Di manakah rohnya pergi? Bagaimana manusia itu bangun pada pagi hari masih bernafas? Jadi saudara-saudari kita melihat semuanya itu sebagai suatu tindakan Tuhan akan belas kasih Tuhan kepada manusia. Dan sebab itulah kita harus percaya kepada Tuhan. Dan jika ada orang yang menanyakan bagaimana anda menyatakan kepercayaan anda kepada Tuhan sedangkan anda tidak melihat dia. Hanya menjawab “Tuhan itu telah memberikan saya kehidupan sehingga hari ini saat ini sebab itulah saya percaya kepadaNya”

IKK 4

Dan saudara-saudari begitu juga dalam pembaptisan. Kita percaya  pembaptisan itu menghapuskan dosa-dosa asal. Dalam pembaptisan hidup menjadi baru dalam Tuhan. Dan sebab itu bila menerima pembaptisan juga kepada calon baptis ikk kamu juga harus percaya walaupun air sedikit sahaja digunakan bukan digunakan dan bukannya satu badan di cuci tetap memberikan penyucian akan dosa-dosa kepada diri kamu. Dalam misa kudus atau ibadat kita juga seringkali mengakui akan iman kepercayaan kita. Dalam syahadat para rasul pengakuan iman kepercayaan kita itu seharusnya bukan sekadar ungkapan dalam kata-kata. Kalau kita mengakui “Aku percaya akan satu Allah, Bapa ”..

 Janganlah ada Tuhan lain lagi. Tidak ada gunanya kalau kamu mengungkapkan iman aku percaya tetapi apabila sakit sedikit terus berjumpa dengan bomoh. – Stefhanie Jaikul & Maslin William

Sharing is caring!