MAKAN MALAM SUMBANGAN KASIH

MAKAN AMAL 1

TENOM: Sedar akan keperluan dalam membantu seminarian, Kerasulan Wanita Katolik Paroki St. Anthony Tenom telah mengadakan makan malam sumbangan kasih untuk dana tabung seminarian pada 21 April 2017 bertempat di dewan terbuka Msgr, Augustine Watcher dan telah berjaya menjual sebanyak 31.5 meja tajaan.

MAKAN AMAL 2

Puan Florence Chia selaku pengerusi penganjur dalam ucapannya berterima kasih kepada Bapa Uskup kerana dapat meluangkan masa bersama dalam majlis ini, serta semua penaja dan juga umat yang bermurah hati untuk membeli tiket makan bagi tujuan dana tabung seminarian.  Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua ahli KWK Paroki, Komiti dan juga individu yang terlibat dalam membantu persiapan bagi menjayakan makan amal ini.

MAKAN AMAL 3

Fr. David Mamat selaku paderi paroki turut mengucapkan terima kasih pengerusi penganjur dan juga KWK paroki atas inisiatif untuk menganjurkan makan malam amal ini dan kepada semua penaja meja serta umat yang bermurah hati.  Dalam ucapannya Fr. David telah menerangkan serba sedikit tentang perbelanjaan bagi seorang seminarian yang mencecah RM 14.000 setahun.  Acara makan malam sumbangan kasih bermula dengan doa yang dipimpin oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius.

MAKAN AMAL 4

Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan pentas oleh KWK Paroki sendiri dan juga lagu tajaan yang melibatkan Fr. David, Fr. Benedict, Fr, Roney Mailap, Sr, Leone dan juga Sr. Felicity yang mana hasil tajaan akan disalurkan ke tabung Seminarian.

MAKAN AMAL 5

Datuk Seri Panglima Radin Malleh juga turut hadir dan menaja beberapa meja serta menaja lagu untuk Bapa Uskup yang telah menyampaikan 2 buah lagu.  Di kesempatan itu Datuk Seri juga telah menyerahkan sumbangan berupa alat musik untuk kegunaan KIPKK yang telah diterima oleh Puan Doroty Chong selaku pengerusi KIPKK paroki.

Majlis ditutup dengan doa oleh Fr. David Mamat. – Christy F. Anjun

Sharing is caring!