LAWATAN PADERI KE KG KOLOROK KEMABONG

KLOROK 1

KEMABONG: Fr. David Mamat selaku rektor Mission Kemabong bersama Katekis Christy Anjun telah mengadakan lawatan ke Kg Kolorok pada 24 – 25 April 2017 setelah 1 tahun umat Kg Kolorok dibaptis.  Rombongan telah disambut oleh Saudara Simon @ Sigoh selaku pengerusi sementara kerana Kg Kolorok belum ditubuhkan KUK atau sebagai oustasi Mission Kemabong.

Dalam masa yang sama Fr. David juga meninjau kawasan tapak pembinaan gereja di Kg Kolorok agar dapat mengadakan Ibadat dengan selesa.  Umat di Kg Kolorok juga bergotong-royong untuk mencari bahan pembenaan gereja melalui hutan-hutan disekitar kampung untuk mendirikan sebuah gereja sementara kerena buat masa ini ibadat hanya dilakukan di rumah kebudayaan kampung yang dilawati oleh para katekis daripada Mission Kemabong.

KLOROK 2

Selesai makan tengahari, sebelum Misa Kudus diadakan Fr. David telah memberi sakramen Tobat kepada umat setempat dan juga telah membaptis beberapa orang bayi dan kanak-kanak.  Dalam homili Fr. David menekankan tentang sakramen pertobatan dengan memetik pembacaan Injil pada hari minggu iaitu Yohanes 20.23 “Jikalau kamu mengampuni dosa orang, dosanya diampuni, dan jikalau kamu menyatakan dosa orang tetap ada, dosanya tetap ada”.  Selesai Misa Kudus umat mengadakan sedikit kesyukuran sempena perayaan Paska.

KLOROK 3

Saudara Simon @ Sigoh juga telah berterima kasih kepada Fr. David diatas lawatan paderi ini.  Dan menyatakan jumlah umat di Kg Kolorok hampir mencecah 90 orang termasuk yang akan belajar kelas minggu IKD pada tahun ini. – Christy F. Anjun

Sharing is caring!