Christmas Carols oleh Radio KFM dan KBK KSFX

KENINGAU– Pada 23 Disember 2021, KekitaanFM bersama dengan Kerasulan Belia Katolik Katedral St. Francis Xavier Keningau( KBK KSFX) telah mengadakan Carols By Candlelight di Studio 2 Kekitaan FM dan disiarkan secara langsung di Facebook rasmi KekitaanFM.Β  Program ini telah dihoskan oleh DJ Ronz dan DJ Melda (DJ Radio KekitaanFM)Β  dan istimewanya program Christmas Carols ini adalah lagu-lagu Natal yang dibawakan adalah dalam 8 bahasa yang berbeza oleh beberapa komuniti seperti Filipino, komuniti Timores, komuniti Cina, komuniti TorajaΒ  dan KBK KSFX.

Hos pada malam itu DJ Mell dan DJ Ronz

Program dimulakan dengan doa oleh Fr David Gasikol dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi MPP KSFX, Cik Nancy Nelly Joneh. Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur program Christmas Carols kerana baginya ini adalah sebuah program yang begitu cemerlang dan berharap dapat diteruskan sertaΒ  dicontohi oleh kita semua. β€œIanya merupakan satu tanda bahawa perlunya semangat kesatuan,semangat berjalan bersama seperti yang dituntut oleh Gereja Sinodal sebenarnya” ujar beliau. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua komuniti dan KBK KSFX atas partisipasi mereka dalam program ini. β€œSeperti Tuhan Yesus yang memilih untuk lahir ke dunia melalui keluarga dan pelayanannya bergerak bersama komuniti, saling membangun dan menguatkan satu sama lain. Mari kita tanamkan semangat yang sama seperti Tuhan kita sebagai misi kita dalam menyambut Natal” ujarnya lagi.

Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Rev. Fr Clement Abel, selaku pembimbing rohani Komisi Komsos, berharap agar selain merayakan Natal bersama dalam keluarga dan sahabat, kita juga dapat memaknai Natal ini dengan lebih mendalam. β€œTuhan Yesus tidak lagi mahu lahir di Bethlehem, tetapi Tuhan Yesus mahu lahir dalam setiap peribadi kita supaya Dia bertakhta dalam kehidupan kita, agar kita dipenuhi dengan cintakasihNya dan memperoleh rahmat dari Yesus.” pesan klerus itu.

Seterusnya, ucapan dan amanat dari YM Bapa Uskup Cornelius Piong, yang didahului dengan ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini, yang melibatkan pelbagai komuniti dan kerasulan disatukan dalam program pewartaan yang menjadi kebanggaan bagi kita. Memetik ucapan Bapa Uskup, β€œSekitar Jun 1990, uskup- uskup seluruh Malaysia telah bertemu di Bandung, Indonesia dan pada masa itu, mereka telah memutuskan bahawa Gereja di Asia haruslah bersifat persekutuan antara komuniti. Dan impian mereka itu, telah terlaksana di antara kita dalam program Christmas Carols ini dimana kita dapat bersama-sama memuji Tuhan dalam pelbagai bahasa”. Semangat Gereja Sinodal dapat dilihat dengan adanya partisipasi semua komuniti dalam program ini. Bapa uskup juga mengucapkan syukur kepada Tuhan bagi penganjuran ini dan berharap agar ia mampu menyentuh hati kita, keluarga dan seterusnya dalam komuniti.

Christmas Carols menampilkan KBK KSFX dalam persembahan yang pertama dengan pewartaan 3 buah lagu dalam Bahasa Malaysia iaitu Dengarlah Malaikat nyanyi, Damai, dan Sukacita dan diikuti oleh Komuniti Filipino juga dengan 3 buah lagu dalam bahasa Tagalog.

Persembahan dari KBK Katedral St.Francis Xavier, Keningau
Persembahan dari Komuniti Filipino

Seterusnya Komuniti Toraja dengan pakaian tradisi wanita Toraja yang dikenali sebagai baju Pokko bertemakan warna merah, benar-benar menghadirkan suasana meriah di konti. Mereka mempersembahkan 3 buah lagu dalam bahasa Toraja yang diiringi dengan petikan gitar. Persembahan seterusnya adalah dari komuniti Cina juga dengan 3 buah lagu.

Persembahan dari Komuniti Toraja

Manakala, komuniti Timores iaitu kumpulan kelima yang mendendangkan 3 buah lagu iaitu Malam Kudus, Dengarlah di Padang Sunyi, Damai Natal dan Selamat Natal dalam bahasa mereka. Selanjutnya, KBK KSFX mengasyikkan suasana dengan persembahan lagu dalam bahasa Murut iaitu Ra Magagalung Magina, dan O Rondom Mapasau.

Christmas Carols sekali lagi menampilkan komuniti Filipino dengan 3 buah lagu dalam bahasa Inggeris. Dan KBK KSFX membawakan persembahan yang terakhir dengan lagu Kadazan Dusun iaitu Kanou Tuhun do Abanar, Id Suang Jerusalem, Mozou-Hozou O Malaikat.

Persembahan dari Komuniti Timorese
Persembahan dari Komuniti Cina

Setelah selesai kesemua persembahan, Rev Fr David Gasikol menyampaikan cenderakenangan kepada semua wakil komuniti dan kerasulan yang mengambil bahagian dalam Christmas Carols. Satu persembahan khas dari para Dj Radio KekitaanFM sebagai penutup tirai program Christmas Carols.

Melissa@4K

Sharing is caring!