π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐍 πŽπ‘πˆπ„ππ“π€π’πˆ πŠπ”π‘π’π”π’ ππ„π‘π’πˆπ‰πˆπ‹π€π πŠπ€π“π„πŠπˆπ’ 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 𝐈

Taklimat dan Orientasi Kursus Persijilan Katekis Tahap I 2022 (KPKT1) bagi Paroki St. Theresa dan Holy Cross Toboh, Tambunan (Keuskupan Keningau) telah diadakan pada 24 Januari 2022 kemarin, bertempat di Gereja St. Theresa Tambunan. Program Taklimat dan Orientasi ini dihadiri oleh sekitar 94 orang peserta, dengan proses perlaksanaan dilaksanakan dengan SOP sesuai saranan dari KKM. Taklimat dan Orientasi ini dihadiri oleh Pengarah PPK iaitu Rev. Fr. Rudolf Joannes, Pengetua PPK iaitu John Lainsin, dan kesemua tenaga pengajar dan staff PPK yang lain. Kursus ini dibuka tidak hanya untuk mereka yang terpanggil untuk menjadi Katekis, tetapi juga kepada mereka yang belum terpanggil untuk menjadi Katekis tetapi ingin mendalami iman Katolik. Ini kerana, silabus dari pembalajaran sepanjang Kursus ini terdiri dari pelbagai subjek pelajaran yang berunsur teori, doktrinal, intelektual, rohani/spiritualiti, dan praktikal, antaranya adalah Hukum Kanonik Gereja, Katekismus Gereja, Sejarah Penyelamatan, Ilmu Kateketik, Sejarah Agama-Agama, Kristologi, Pelbagai Upacara Doa, Liturgi Ibadat Sabda, dan sebagainya. Kursus seperti ini adalah sangat β€œπ˜·π˜ͺπ˜΅π˜’π˜­β€ sekali, terutama SDM Gereja untuk pelayanan Pastoral, bagi membantu Uskup dan para Paderi dalam tugas pengembalaan umat di seluruh Keuskupan Keningau. Dalam erti kata lain, ini adalah peranan dari kaum β€œπ˜­π˜’π˜ͺπ˜΅π˜Ίβ€ (umat awam) dalam membantu kaum β€œπ˜€π˜­π˜¦π˜³π˜¨π˜Ίβ€ (kaum tertahbis) dalam mengemban tugas pengembalaan yang sudah dipercayakan oleh Tuhan Yesus Kristus kepada Gereja-Nya. Sebagai anggota-anggota Tubuh Mistik Kristus, seluruh Umat Allah termasuklah kaum “laity” memiliki peranan dalam Kerajaan-Nya, salah satu peranan kaum β€œlaity” adalah membantu para Paderi dalam tugas pengembalaan, misalnya dalam karya pelayanan sebagai Katekis. Bagi yang berminat untuk mengikuti Kursus Persijilan Katekis ini, bolehlah menghubungi pihak Pusat Pastoral Keningau (PPK), di mana infomasi selanjutnya untuk kursus persijilan akan diberikan –

Sumber-Page Facebook Pusat Pastoral Keningau, 25 Januari 2022.

Sharing is caring!