Ambual, Keningau-Yang Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong berkenaan untuk memberkati Gereja St.Yohanes Pembaptis, Kuk Ambul pada 18 Disember 2021 melalui Misa Kudus yang diadakan pada jam 10.30am.
“Dengan adanya gereja ini, umat dapat mengadakan ibadat, atau misa dengan lebih selesa. Diharapkan gereja ini akan menghidupkan semula semangat sinodal, kerana gereja ini ada disebabkan umat yang Berjalan Bersama dengan gereja itu juga,”ulas Prelatus itu semasa homilinya.
Turut hadir dalam upacara itu, Pengerusi Kuk St.Yohanes Pembaptis, En.Philip, Wakil Pengerusi MPP Paroki Keningau, En.Dominic dan Pengerusi Zon Magatang, En.Jackson.
Prelatus itu juga berkenan memberkati Grotto dan gerai gereja dan berfellowship bersama umat kemudiannya- Juanis bin Marcus
Dibawa diturutsertakan gambar-gambar semasa upacara pemberkatan tersebut.