PRA-PUKAT KE-11 PENDALAMAN BAWAH KEUSKUPAN KENINGAU

KUALA PENYU : Berlandaskan misi Keuskupan Keningau “Umat Allah Berjalan Bersama dalam Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan Yesus Kristus,” Rumah Retret St. Theresia Kanak-kanak Yesus, Purun, Kuala Penyu menyaksikan Pra-Perhimpunan Awal Umat Katolik (Pra -PUKAT) Gabungan 4 Paroki Pendalaman bawah Keuskupan Keningau pada 08 September 2018.

Perhimpunan wakil umat dari Paroki St. Peter Bundu, Kuala Penyu, Paroki St. Valentine, Beaufort, Paroki St. Patrick, Membakut dan Paroki St. Yohanes, Sipitang  dimulakan dengan doa pembukaan dan bacaan Injil untuk pemberkatan dan peringatan yang kita memerlukan Yesus sebagai panduan dan pembimbing dalam setiap pekerjaan yang akan kita lakukan.

Continue Reading →

PRA PUKAT KE 11 PERINGKAT PAROKI ZON PEDALAMAN BAWAH

KUALA PENYU : Seramai lebih kurang 200 orang telah menghadirikan diri dalam Pra PUKAT kali ke 11 yang diadakan di Rumah Retret St. Theresia Kanak-kanak Yesus, Purun.

Pra PUKAT peringakat paroki zon pedalaman bawah ini melibatkan 4 buah paroki iaitu Paroki St. Peter Bundu, Kuala Penyu, Paroki St. Valentine, Beaufort, Paroki St. Yohanes Pembaptis, Sipitang dan Paroki St. Patrick, Membakut.

Continue Reading →

PESTA PALUAN GONG KEUSKUPAN KENINGAU

KENINGAU : Pertandingan Paluan Gong telah diadakan di Pentas Dataran Keuskupan pada 21 April 2018. Pertandingan Paluan Gong ini merupakan salah satu pengisian ke arah Perayaan Jubli Perak Keuskupan Keningau yang bakal menjelang pada 5 Mei. Antara ketagori yang dinilai adalah persembahan dan kreativiti, keseragaman tempo dan pakaian yang diadili oleh pengadil profesional daripada Kadazandusun Cultural Association Sabah (KDCA).

Continue Reading →

PESAN USKUP CORNELIUS PIONG SEMPENA PERAYAAN PASKAH 2018

Selamat Hari Paskah! Setiap kali kita mengucapkan salam ini kepada seseorang atau kelompok orang, apakah kita sungguh yakin bahawa Yesus hidup, hadir dan menyertai kita?

Perayaan Paskah bukanlah setekat mengenang apa yang telah dialami Yesus – sengsara, kematian dan kebangkitan-Nya – tetapi satu kesempatan rahmat bagi kita untuk membaharui dan menetapkan keyakinan kita kepada kasih Allah yang sentiasa menyertai dan menyelamatkan kita dari kekuasaan dosa.

Continue Reading →

SEMINAR KESEDARAN MENJADI EJEN KOMUNIKASI SOSIAL MASA KINI

SK2

MEMBAKUT :  Komisi Komunikasi Sosial (KOMSOS) dengan kerjasama Pelayanan Liturgi Sabda Kanak-kanak (LSKK) Paroki St. Patrick Membakut telah menganjurkan Seminar Kesedaran Menjadi Ejen Komunikasi Sosial. Seminar yang diadakan pada 26 Ogos 2017 ini bertempat di dewan gereja St. Patrick Membakut.

Disertai oleh seramai 92 orang umat yang terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak.  Seminar ini mempunyai tiga sesi utama. Ketiga-tiga sesi ini terbahagi kepada dua iaitu bahagian dewasa dan kanak-kanak 12 tahun kebawah.

Seminar dimulakan dengan doa pembukaan pada  jam 8 pagi. Sesi pertama bertajuk “Gereja Katolik dan Komunikasi Sosial” disampaikan oleh Sr. Laura Angie DSP, dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Didalam sesi ini, peserta diperkenalkan secara terperinci tentang sejarah dan usaha-usaha gereja Katolik yang menjadi peneraju utama didalam menjadikan bidang komunikasi sosial sebagai satu cara penginjilan dan pewartaan kabar gembira pada zaman moden ini.

SK1

FB_IMG_1504929520550

FB_IMG_1504929538147

FB_IMG_1504929551032

FB_IMG_1504929560818

FB_IMG_1504929568663

FB_IMG_1504929579527

FB_IMG_1504929680335

Dalam sesi kedua, peserta diajak untuk mendalami pesanan Paus Fransiskus di dalam tema “Jangan takut. Aku bersertamu. (Yesaya 43:5) Mengkomunikasikan Harapan Dan Kepercayaan Pada Masa Kini.” Tema bersempena dengan Hari Komunikasi Sosial Sedunia ke 51 pada tahun ini. Sesi kedua ini disampaikan oleh saudara John Liansin, pengerusi KOMSOS Keuskupan Keningau. “Melalui tema ini, Paus Fransiskus menyampaikan hasratnya untuk memanggil semua umat katolik pada zaman ini untuk menjadi ejen-ejen komunikasi sosial yang dapat menyebarkan harapan dan kepercayaan terhadap gereja kepada orang lain melalui media-media komunikasi.” Jelas beliau. Menurutnya lagi, sebagai seorang umat Katolik, haruslah berani bertanggungjjawab dalam membawa kebenaran kepada masyrakat yang semakin lama semakin kehilangan identiti kerana ditenggelami dengan kemajuan dunia.

Dalam sesi ketiga, peserta dewasa berpeluang mengasah bakat dan menambah pengetahuan melalui kumpulan bengkel yang dibahagikan mengikut pelayanan pastoral KOMSOS. Bengkel yang dikendalikan oleh ahli KOMSOS ini terdiri daripada bengkel fotografi, bengkel media grafik dan media sosial, bengkel kejuruacaraan, bengkel penulisan berita dan bengkel khas ibu bapa.

Setelah itu, peserta kemudiannya diberi peluang mengongsikan pengalaman serta pengetahuan baru yang mereka terima disepanjang seminar tersebut.

Untitled“Sebagai seorang Katolik, kita tidak seharusnya takut kepada masalah dan cabaran, terutama sekali kepada kaum belia yang masih bertenaga dan aktif. Masalah pada zaman sekarang memang banyak berbanding pada masa lalu tetapi sebagai seorang Katolik, sepatutnya setiap usaha menempuhi cabaran harus diikuti dengan doa dan kepercayaan kepada Tuhan kerana menurut beliau, Tuhan itu sama seperti seorang bapa yang sentiasa mahu memenuhi kehendak anaknya jika anak tersebut menunjukkan keberanian dan kesungguhan.” Puan Agnes Taluha 

“Walaupun sudah mempunyai serba sedikit pengalaman didalam bidang kejuruacaraan tetapi bengkel yang diikuti ini telah memberi satu pandangan baru dan positif terhadap pelayanan sebagai seorang juruacara majlis mahupun sebagai seorang komentator didalam misa kudus. Setiap pengetahuan baru yang diperolehi di dalam seminar ini dan khususnya didalam bengkel-bengkel, akan saya digunakan sebaiknya untuk memperbaiki kualiti pelayan pada masa akan datang.” Elvis Lawrence

Bagi peserta kanak-kanak pula, sesi yang diadakan adalah sama seperti kategori dewasa tetapi disampaikan dengan cara dan penjelasan mudah dan ringkas iaitu melalui tayangan video. Kemudian permainan dinamik diadakan untuk membantu kanak-kanak lebih mengerti tentang menjadi ejen komunikasi yang baik. Setiap sesi dijalankan oleh ahli LSKK dengan bimbingan Sr. Laura.

Didalam sesi bengkel pula, peserta kanak-kanak ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diminta untuk mengekspresikan sendiri nilai-nilai baik dan buruk yang terkandung didalam media sosial mengikut kreativiti mereka sendiri. Menariknya, kanak-kanak ini menunjukkan kebijaksanaan mereka melalui lukisan dan kerja tangan menggunakan kertas-kertas berwarna. Malahan, salah satu daripada kumpulan bengkel ini yang diketuai oleh adik Xaviery  Faye berjaya membuat satu lakonan ringkas tentang gejala positif dan negatif penggunaan media sosial masa kini.

FB_IMG_1504929589532

FB_IMG_1504929596390

FB_IMG_1504929606571

FB_IMG_1504929673278

Didalam penggulungan sesi yang telah disampaikan oleh pengerusi KOMSOS St.Patrick Membakut, saudari Patricia Bai menyatakan bahawa masyarakat kita pada zaman sekarang sangat kekurangan ejen komunikasi yang menyedari tanggungjawab mereka sebagai pembawa harapan dan kebenaran kepada orang lain. Menurutnya lagi, tugas sebagai ejen komunikasi yang baik adalah menjadi tanggungjawab automatik seorang Katolik dan bukan tanggungjawab KOMSOS sahaja. Setiap peserta yang hadir adalah merupakan seorang ahli KOMSOS, selagi mereka mengerti dan menyedari tanggungjawab mereka sebagai seorang pembawa harapan dan kebenaran. Beliau berkata, gereja, khususnya paroki St.Patrick Membakut akan bergantung sepenuhnya kepada mereka yang hadir didalam seminar ini untuk membantu orang lain sama ada didalam keluarga mahupun masyarakat untuk menyedari tanggungjawab sosial mereka juga.

Seminar tersebut telah diakhiri dengan doa penutup oleh Sr. Laura kira-kira jam 4.30 petang. –KOMSOS St.Patrick Membakut