KENINGAU : Pada 1 Disember 2018, Rekoleksi Pewarta telah diadakan di Dataran Keuskupan Keningau. Rekoleksi ini merupakan anjuran bersama Majlis Pastoral Paroki dengan Kerasulan Belia Katolik KSFX. Tujuan rekoleksi ini diadakan adalah untuk mempersiapkan para belia dari segi rohani sebelum mewartakan Khabar gembira Yesus.
Seramai 1300 belia telah mengambil masa dan menghadiri rekoleksi ini. Misa Perutusan telah disempurnakan oleh Rev. Fr David Richard Gasikol.
Pewartaan bukan sahaja menyebarkan khabar baik tentang Yesus melalui lagu-lagu tetapi juga menyatukan para belia. selain itu, pewartaan ke rumah-rumah juga merupakan salah satu seruan kepada umat agar mempersiapakan diri sepanjang adven.
Rekoleksi dimulakan dengan Adorasi diikuti dengan ceramah yang disampaikan Dr. Jerome Jolly iaitu “Tanggungjawab dan komitmen belia-beliawanis terhadap gereja.”
Dalam homilinya, Fr David G. menggalakkan belia bukan hanya melibatkan diri dalam pewartaan semasa Hari Natal sahaja tetapi juga melayani dalam koir pada setiap Hari Minggu di gereja kerana nyanyian juga merupakan firman daripada Tuhan kepada umatNya.
Sesi Puji-pujian
Menariknya rekoleksi pada tahun ini, diadakan juga Carols by Candlelight yang hanya diadakan sekali dalam dua tahun. Di mana 12 Zon naungan Paroki KSFX akan mempersembahkan sebuah nyanyian. Namun begitu, hanya 10 Zon sahaja yang menghantar wakil.
Carols by Candlelight telah dijuarai oleh KBK KSFX. Manakala tempat kedua dimenangi oleh KBK Zon Toboh Laut dan ketiga oleh KBK Zon Bingkor. KOMSOS KGAU