“Whatever happens, Be always trust and peace with God” Perkongsian Sr.Clarice Marius, IJ Sempena Hidup Bakti Keuskupan Keningau

Sr.Clarice Marius, IJ

Saya Sister Clarice Marius dari kongregasi Infant Jesus sister. Saya berasal dari Kampung Tigot, Keningau. Saya dari keluarga yang besar dan saya anak ketujuh dalam 10 adik beradik.

Waktu remaja saya sangat aktif dalam pelayanan gereja seperti pelayan altar, choir sebagai KBK dan juga mengikuti aktiviti KWK. Saya tidak pernah mengikut seminar panggilan. Perkataan β€˜hidup biara atau religious’ di perkenalkan oleh ibu-ibu KWK ketika saya mengikuti pelayanan mereka. Saya rasa benih itu bermula di sana.

Walaubagaimanapun, selepas SPM saya keluar berkerja tetapi saya tidak pernah berkerja lama di sebabkan kerinduan mahu mengikuti aktiviti gereja dan mengikuti misa. Saya rasa semua ini rencana Tuhan, saya dapat memasuki Monfort youth training center di mana para belia lelaki dan perempuan dapat bimbingan rohani. Di sinilah, saya mengenali Infant Jesus sister. Sr. Teresa di jemput oleh Monfort Brother untuk membimbing kami dari segi Rohani terutama sekali mengenal Yesus dengan lebih dalam lagi melalui perkongsian alkitab, berdoa dan merenung sabda Allah. Sr. Teresa jugalah yang memperkenalkan saya tentang apa itu panggilan Tuhan. Dia memperkenalkan kepada kami pelbagai kongregasi.

Kenapa saya memilih Infant Jesus Sister kerana:

  1. Saya mengenal mereka lebih dulu dan tertarik dengan cara, semangat pelayanan mereka yang sentiasa bertenaga walaupun sudah tua, tidak berputus asa.
  2. Keberanian mereka melayani di pedalaman terutama dari segi pendidikan, walaupun dengan perjalanan yang susah ketika itu.
  3. Tertarik dengan sifat pengasas kami iaitu rendah hati dan sentiasa terbuka akan panggilan Tuhan dan kemudian membimbing para wanita yang ingin melayani di ladang Tuhan dan akhirnya menyahut panggilan untuk hidup membiara.

Pertanyaan dalam diri saya apabila melihat sifat yang mereka miliki ialah macam mana mereka semua mempunyai kekuatan semangat pelayanan walaupun susah. Dan saya dapati ianya datang dari berkat kuasa Tuhan. Selain itu, mereka juga mengambil image bayi Yesus sebagai contoh dalam pelayanan mereka kerana sifat bayi Yesus yang sangat indah sekali.

Cabaran dalam religious life ada banyak terutama sekali:

  1. Hidup berkomuniti kerana kongregasi saya dari pelbagai bangsa, bahasa dan budaya.  Jika dalam keluarga pun boleh ada perselisihan faham apakan lagi bersama komuniti yang berlainan bangsa, bahasa, budaya dan pendapat.

Saya mahu mengakhiri perkongsian ini dengan quote dari pengasas kami Fr. Nicolas Barred dan dari petikan injil Matius 28:20 yang membuat saya selalu kuat dalam perjalanan mengikuti Yesus.

 β€œWhatever Happens… Be always at peace and trust in God, What you will experience will be in proportion to your Faith, your Hope and your Love and even more abundantly than that” (Fr. Nicolas Barre).

Sharing is caring!