SURAT PASTORAL

Rev. Fathers, para Religius Brother dan Sister, Seminarian, Komuniti Betania, para Katekis, Pengerusi dan ahli-ahli TPK, MPP, MPM, KWK, KBK, KKD, Komuniti dan Semua Umat.

Saudara-saudari dalam Kristus, semoga kehadiran Kristus member makna dan harapan kepada kita dalam apapun keadaan hidup yang kita hadapi sehari-hari.

Sepanjang bulan November Firman Tuhan mengingatkan kita bahawa hidup di dunia ini ada permulaan dan ada pengakhiran yang tidak dapat kita elakkan. Perhitungan akan kita hadapi apabila kita berhadapan dengan Tuhan sama ada kita layak atau tidak untuk memasuki kehidupan kekal bersama Dia (Mat 25:40,45).

Selaku murid-murid Yesus kita tidak perlu takut. Jaminan bahawa kita akan menikmati kehidupan kekal bersama Tuhan ialah kepercayaan kita kepada Yesus (Yoh 3:16).

Pada 30 November kita akan memasuki masa Adven. Masa Adven membantu kita menyedari dan mensyukuri rencana Tuhan untuk menyelamatkan kita dari kekuasaan dosa agar kita beroleh hidup sejati dan kekal. Untuk menangggapi rencana penyelamatan Tuhan bagi kita perlulah kita hidup berpusat kepada Kristus:

  • Taat menjalin kesatuan dengan Dia (Yoh 15:4-5)
  • Setia mengakui Dia. Jangan menyangkal Dia (Mat 10:32-33)
  • Taat melakukan kehendak-Nya agar dikenali oleh-Nya pada hari kiamat (Mat 7:23)
  • Setia melakukan kehendak-Nya agar diterima menjadi anggota keluarga-Nya (Mat 12:50)
  • Taat belajar mengenal kehadiran Yesus dalam diri sesama manusia (Mat 25:40,45)
  • Taat dan jujur menjalankan tanggungjawab yang dipercayakan kepada kita masing-masing (Mat 25:14-30)

Namun kesatuan dan kesetiaan kita kepada Yesus hanya akan lahir dalam diri kita. Keluarga kita dan komuniti kita jika Doa, Sabda Tuhan, Sakramen-sakramen, hidup berkomuniti dan pelayanan menjadi keutamaan hidup kita sehari-hari.

Marilah kita memasuki dan menghayati masa Adven ini dengan penuh kepekaan terhadap rencana penyelamatan Allah agar Yesus mendapat tempat dalam hati kita, menerangi hidup kita serta melindungi kita dari kuasa kegelapan (Yoh 8:12).

BERIKUT BEBERAPA PERKARA UNTUK PENGETAHUAN DAN TINDAKAN KITA BERSAMA:

  1. Diocesan Tribunal of First Instance of Keningau Diocese

Dengan sukacitanya saya mengisytiharkan penubuhan badan Tribunal Diocese of Keningau demi untuk melayani keperluan umat di seluruh Keuskupan Keningau, khususnya bagi mereka yang menghadapi masalah perkahwinan, Tribunal ini adalah dikendalikan oleh Team yang diketuai oleh Rev. Fr. Rudolf Joannes selaku Judicial Vicar, bertempat di:

Alamat:

Diocesan Development Centre

Peti Surat 245, 89008 Keningau

Sabah – Malaysia

 

 The officials of the Tribunal shall be:

  1. Associate Judicial Vicar          :               Mgr. Gilbertus Engan
  2. Judicial Vicar                               :               Fr. Rudolf Joannes
  3. Defender of Bond                        :               Fr. Anthony Mikat
  4. Promoter of Justice                   :               Fr. Dr. Charles Chiew
  5. Notary                                             :               John Lainsin dan Fredoline Umis
  1. Pertukaran Paderi

Satu pertukaran Paderi dibuat berkuatkuasa pada bulan November ini melibatkan Paderi Paroki St. Valentine Beaufort, Paroki St. Yohanes Sipitang dan Paroki St. Theresa Tambunan.

Msgr Gilbertus Engan akan diangkat menjadi Paderi Paroki St. Valentine Beaufort dan St. Yohanes Pembaptis, Sipitang.

Fr. Bede Anthonius akan diangkat menjadi Paderi Paroki Holy Cross Toboh dan St. Theresa Tambunan. Beliau akan dibantu oleh Fr. Anthony Mikat dan Fr. Roney Mailap.

Fr. Bonaventure Unting buat masa ini ditugaskan melayani di Paroki KSFX Keningau dan Paroki Roh Kudus Sook bersama komuniti paderi-paderi KSFX dan Sook sementara menunggu kesempatan untuk menyertai kursus Pastoral di luar negara.

  1. Seminarian Hilanus Simon dan Harry Dorisoh

Kedua-dua seminarian di atas akan selesai latihan di Seminari St. Peter’s College Kuching pada tahun ini. Kita ucapkan syabas kepada mereka. Bermula bulan Januari 2015 mereka akan ditugaskan membantu melayani di Paroki. Seminarian Hilanus Simon akan ditugaskan melayani di Paroki Roh Kudus, Sook, manakala Seminarian Harry Dorisoh akan ditugaskan melayani di Paroki St. Peter Bundu, Kuala Penyu.

  1. Cabutan Tiket Bertuah KSFX Keningau

Tujuan:

  • Membangun sebuah tempat ziarah di Bukit Sosopon (berhampiran Kg. Agudon) bersempena dengan Perayaan Jubli Perak Keuskupan Keningau pada tahun 2017-2018.
  • Tabung Keuskupan Keningau

Hadiah-hadiah adalah seperti yang tertera pada tiket bertuah tersebut:

Hadiah utama                    :               Sebuah kereta Land Cruiser Wagon

Hadiah kedua                    :               Sebuah motosikal

Hadiah ketiga                    :               Sebuah motosikal

Hadiah saguhati               :               7 jenis barangan Elektrik seperti mesin basuh, telefon pintar, dll.

Kepada setiap Paroki, Zon, KUK, KKD dan saudara-saudari yang dimandatkan menjual cabutan tiket bertuah tersebut sila hantar wang hasil jualan bermula 30 November atau 1 Disember 2014.

Satu mesyuarat akan diadakan pada 30 November 2014, jam 6.00 petang bertempat di Dataran Keuskupan untuk menentukan perancangan seterusnya berkaitan cabutan tiket bertuah tersebut. Ketetapan yang akan diambil seterusnya akan dimaklumkan kepada saudara-saudari. Buat masa sekarang tiket-tiket yang masih belum terjual teruskan penjualannya sehingga pemberitahuan yang seterusnya.

Penyerahan wang hasil jualan dan keratan tiket bertuah tersebut sila berhubung dengan saudari Boniah Emin, Pejabat Keuskupan Keningau: Tel: 087-332935, h/p: 013-8560795.

  1. PUKAT 10

Yang telah diadakan pada 25-27 September 2014 yang lalu mengajak kita umat Allah – para Paderi, religius dan Awam supaya melihat kembali Visi dan Misi Matlamat Keuskupan.cita-cita kita ialah mahu “Membangun Komuniti Umat Allah yang komited dan efektif melayani Umat Allah yang komited dan efektif melayani kerajaan-Nya. Cita-cita ini akan tercapai jika:

  • Kita mengamalkan semangat kekitaan
  • Kita memusatkan hidup peribadi dan keluarga pada peribadi Kristus
  • Panggilan hidup perkahwinan dan berkeluarga difahami dan dihayati seturut ajaran Tuhan dan Gereja.
  • Kristus menjadi model kesatuan, kesetiaan dan pengorbanan dalam mencipta suasana bahagia dalam keluarga.
  • Meneladani sikap Bonda Maria
  • Hidup mahu dikuasai oleh Roh Kudus

 Agar dapat merealisasikan matlamat kita perlulah setiap paroki dan Mission membuat perancangan Pastoral yang berpusat pada keluarga. Perancangan dasar adalah seperti berikut:

 Tahun 2015 : Keluarga dan Kanak-kanak

Tahun 2016 : Keluarga dan Belia

Tahun 2017 : Keluarga, Ibubapa dan Warga Emas

Tahun 2018 : Kemuncak perayaan Jubli Perak Keuskupan Keningau

  1. Pembubaran dan Pemilihan Pastoral KKD, KUK, ZON, MPP, MPM, Sesi 2015-2018

Pembubaran dan pemilihan Pastoral badan-badan Gereja hanya akan dilakukan pada bulan Januari 2015. AJK Pentadbiran Pastoral sesi 2015-2018 nanti akan menjalankan pentadbiran pastoral selama empat tahun. Ketetapan ini perlu dibuat supaya pentadbiran pastoral tidak terganggu disebabkan oleh Perayaan Jubli Perak Keuskupan yang akan disambut bermula tahun 2017 dan kemuncak perayaannya ialah pada tahun 2018.

Pembubaran dan Pemilihan Pastoral yang seterusnya hanya akan dijalankan setelah selesai Perayaan Jubli Perak Keuskupan pada 2018.

“Keluarga Berpusat kepada Kristus, Berbudaya Menyembah Tuhan,

Memantapkan Iman dan bertanggungjawab Sosial”

 

 

 

 Kebahagiaan adalah kekitaan

+ Bishop Datuk Cornelius Piong

Sharing is caring!