SURAT PASTORAL : PERTUKARAN PADERI KEUSKUPAN KENINGAU

Rev. Fathers, Religius Brothers dan Sisters, Seminarians, Komuniti ISKB, para Katekis, Pengerusi dan Ahliahli TPK, MPP, MPM, KWK, KBK, KKD, Komuniti dan semua Umat.

Saudara-saudari yang saya kasihi dalam Kristus. Puji Tuhan. Perjalanan kita bersama sepanjang tahun 2018 ini hampir selesai. Tahun Liturgi kita akan berakhir pada Pesta Kristus Raja 25/11/2018 dan kita akan memasuki tahun baru Liturgi Gereja pada perayaan Hari Minggu pertama masa Adven. Kalender 2018 juga hanya tinggal satu bulan sahaja lagi sebelum kita memasuki tahun baru 2019.

Kita bersyukur kepada Tuhan kerana sepanjang tahun 2018 kita telah menerima banyak berkat dari Tuhan. Antara lain, kita umat-Nya telah merayakan Jubli Perak Keuskupan Keningau (UTK-25) pada 4-5 Mei 2018 yang lalu.

Tahun ini kita juga telah mengadakan perhimpunan Umat Katolik Keuskupan Keningau yang ke-11 (PUKAT 11) dengan tema, “Umat Allah Berjalan Bersama dalam Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan Yesus Kristus.” Marilah kita sentiasa mendasari pembentukan peribadi, keluarga dan komuniti kita dengan tiga tonggak ini. Demikian juga dengan aktiviti-aktiviti rohani dan pastoral yang kita rancang di peringkat keluarga, KKD, KUK, Zon mahupun Paroki. Dengan berlandaskan doa-doa Imamat Yesus maka sudah tentu Dialah sumber, alasan dan tujuan hidup kita yang memampukan kita melahirkan “Komuniti Umat Allah yang komited dan efektif melayani Kerajaan-Nya.”

Puji Tuhan dan terima kasih kepada para Paderi, Religius, MPP, MPM, KWK, KBK, Komuniti, Komiti dan Kerasulan sehingga kita dapat mengadakan pra-PUKAT diperingkat Paroki masing-masing. Melalui PraPUKAT, kita umat di peringkat akar umbi telah dapat mengalami keterlibatan dan tanggungjawab kita terhadap kebajikan pastoral Gereja lokal dan Keuskupan kita.

Pertukaran para Paderi, Keuskupan Keningau

Seperti yang semua Umat sudah ketahui beberapa minggu yang lalu, bahawa pada tahun ini hampir semua paderi akan bertukar Paroki. Tidak kira seseorang Paderi masih baru atau sudah lama melayani di sesebuah Paroki/Mission, pertukaran adalah perlu dan merupakan perkara yang baik bagi Paderi itu sendiri mahupun Umat. Pertukaran adalah perkara biasa bagi para Paderi. Kita yakin, komited dan fokus bahawa kita adalah dipanggil dan diutus oleh Yesus untuk melayani umat dimanapun kita diutus.

Paderi-paderi yang terlibat dengan pertukaran diharap akan mengatur proses pertukaran secepat mungkin yang akan bermula selepas Pesta Kristus Raja pada 25/11/2018 dan selesai selewat-lewatnya sebelum Pesta Penampakan Yesus, 6hb Januari 2019. Kita ucapkan selamat melayani di Paroki baru kepada Paderi yang terlibat. Kepada semua Umat, teruskan memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada siapapun Paderi yang akan melayani di Paroki anda.

Pembubaran dan Pemilihan Pastoral MPP, MPM, ZON, KUK, KKD, Komisi, Kerasulan, Komiti dan Komuniti,

Jawatankuasa semua peringkat pastoral sessi 2015 – 2018 akan bubar selepas Pesta Kristus Raja 25/11/2018. Proses pemilihan Pastoral bagi mendapatkan mandat jawatankuasa baru bagi sessi 2019-2021 akan diusahakan oleh Paderi Paroki, Religius dan MPP selaku pentadbir sementara bermula di peringkat KKD-KKD.

Booklet Katekesis dan Garis Panduan proses Pemilihan Pastoral sudah disediakan. Mana-mana Paroki yang ingin mendapatkan garis panduan tersebut sila berhubung dengan Urussetia MPP KSFX.

Ucapan Terima Kasih

Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua Pengerusi dan ahli-ahli TPK, MPP, MPM, KWK, KBK, KKD, KUK, ZON, Komisi, Komiti, semua Komuniti dan Kerasulan sessi 2015 – 2018 kerana rela melayani dalam Pentadbiran Pastoral walaupun melebihi masa 3 tahun mengambil kira masa perayaan Jubli Perak Keuskupan yang telah jatuh pada tahun ini 2018,

Marilah kita bawa dalam doa agar persiapan Pemilihan Pastoral akan datang dapat kita jalankan di semua peringkat berlandaskan Kesatuan, Kesetiaan dan Kekudusan Yesus Kristus.

Selamat menyambut Pesta Kristus Raja. Selamat memasuki masa Adven. Bonda Maria sertailah perjalanan iman kami bersama agar keyakinan kami bahawa Tuhan mengasihi, menyertai dan melindungi kami sentiasa teguh.

Kebahagiaan Adalah Kekitaan

+Rt. Rev. Bishop Datuk Cornelius Piong


 

SENARAI PERTUKARAN PADERI BERMULA DISEMBER 2018

  1. KATEDRAL ST FRANCIS XAVIER:
  • RT. REV BISHOP CORNELIUS PIONG (PADERI PAROKI)
  • FR JOSEPH GAPITANG
  • FR BONAVENTURE UNTING
  • FR LAZAROUS UHIN
  • FR DAVID MAMAT
  • FR DAVID GASIKOL
  1. GEREJA ROH KUDUS SOOK/NABAWAN
  • FR BONIFACE KIMSIN (PADERI PAROKI)
  • FR PAUL MIKIN
  • FR GILBERT LASIUS
  1. GEREJA ST THERESA TAMBUNAN:
  • FR RUDOLP JOANNES (PADERI PAROKI)
  • FR HARRY DORISOH
  1. GEREJA HOLY CROSS TOBOH
  • MSGR GILBERTUS J.ENGAN (PADERI PAROKI)
  • FR DR CHARLES CHIEW
  • FR GIOVANNI, CSE
  1. GEREJA ST ANTHONY TENOM DAN GEREJA BONDA MARIA MISSION KEMABONG
  • FR RONNIE LUNI (PADERI PAROKI)
  • FR ANTHONY MIKAT
  • FR RONEY MAILAP
  1. GEREJA ST PETER BUNDU, KUALA PENYU
  • FR CLEMENT ABEL (PADERI PAROKI)
  • FR CLAUDIUS ANDREW
  1. GEREJA ST PATRICK MEMBAKUT
  • FR BENEDICT DAULIS (PADERI PAROKI)
  1. GEREJA ST VALENTINE BEAUFORT DAN GEREJA ST YOHANES SIPITANG:
  • FR BEDE ANTHONIUS (PADERI PAROKI)
  • FR FRANCIS DAKUN

 

 

 

Sharing is caring!