BAHAGIKANLAH RAHMAT PEMBAHARUAN

PONTIANAK : “You are the current Grace of the Church and for the Church, saya meminta anda, Pembaharuan Karismatik Katolik untuk membahagikan Rahmat Baptisan dalam Roh Kudus kepada Gereja,” demikianlah amanat Bapa Suci Paus Francis dalam pertemuan dengan para pemimpin Pembaharuan Karismatik Katolik di Itali pada tahun 2014.

dijadikan tema bagi Konvensi nasional ke 14 di Indonesia yang diadakan pada 27-30 September lepas berlansung di Pontianak, Kalimantan Indonesia.

Perwakilan daripada Keningau dengan pakaian tradisi

Saudari Nancy Nelly dan Dymnah Nirwanaah daripada Komiti pembaharuan Karismatik Katolik Ksfx Keningau telah mewakili paroki ke Konvensi tersebut. Dalam temubual, Nancy melahirkan rasa terima kasihnya kepada YM Bapa Uskup Datuk cornelius Piong yang menggalakkan penyertaan mereka dan mendoakan bagi keberhasilan buah selepas menyertai konvensi tersebut.Juga kepada Pengerusi MPP Pn.Stella S Kinsik, Pengerusi KiPKK Ksfx Jika George dan En Kenny Chung Vui Min yang banyak membantu dari segi dana.”Meskipun terdapat pelbagai kekangan untuk hadir namun saya percaya, kehendak Tuhan akhirnya membawa saya dan Nirwanah hadir serta dapat menimba ilmu dan pengalaman baru ditempat ini. Semuanya kerana berkat kasihNya.”

Dua perwakilan daripada Keningau mengabadikan gambar kenangan bersama Presiden ICCRIS, Michelle Moran(Tengah)

Konvensi ini melibatkan seramai 1000 lebih peserta yang secara aktif terlibat dalam pelayanan karismatik termasuk hampir 200 orang paderi yang menyertai.

Michelle Moran selaku penceramah utama  menegaskan, setelah jubli ke 50 tahun, kini tiba saatnya melihat ke dimensi yang lebih luas dalam pelayanan. Membiarkan diri dipandu sepenuhnya oleh Roh Kudus dan berani untuk sebarkan KasihNya di mana pun kita berada. Sedari bahawa Rahmat Tuhan menyertai kita sampai selama-lamanya. 

Peserta yang mewakili Sabah ini berada di sana selama 4 hari dan berharap dapat mengongsikan pengalaman serta bahan-bahan yang diperolehi untuk umat di paroki.

Sharing is caring!