SEJARAH SINGKAT SABAH YOUTH DAY(SYD)

Info : Kertas Konsep SYD-6

Jubli Belia Tahun 2000(JBT 2000) di Kota Kinabalu

Pewartaan Khabar Gembira di Sabah sudah bermula sejak tahun 1881 oleh mubaligh Kristian yang datang dari Eropah ketika itu. Ianya berkembang sehingga wujudnya Prefecture Apostolic of Northern Borneo (kini Sabah) pada tahun 1962, seterusnya Penubuhan Keuskupan Kota Kinabalu tahun 1976 disusuli penubuhan Keuskupan Keningau pada tahun 1993.

Setelah penubuhan dua keuskupan ini, maka program belia lebih tertumpu di keuskupan masing-masing dengan penganjuran Pesta Belia Keuskupan (PBK 1998) di Paroki St. Mary, Sandakan dan seterusnya Jubli Belia Tahun 2000 (JBT 2000) yang disertai oleh hampir 5000 orang belia dari seluruh Sabah. Dengan adanya program belia ini, maka Komisi Belia sedar bahawa pentingnya program bersama belia Katolik di seluruh Sabah sehingga akhirnya sebulat suara untuk mengadakan pesta bersama iaitu sekali dalam empat tahun yang disebut sebagai Sabah Youth Day (SYD). SYD digunakan berdasarkan kepada nama-nama pesta yang dianjurkan di peringkat antarabangsa seperti World Youth Day (WYD) dan Asian Youth Day (AYD).

Sabah Youth Day 1(SYD-1) pada tahun 2004 dan berlangsung di Katedral St.Francis Xavier, Keningau

Oleh itu, SYD yang pertama telah diadakan pada tahun 2004 dengan Katedral St. Francis Xavier, Keningau di bawah naungan Keuskupan Keningau menjadi tuan rumah, disusuli SYD2 pada tahun 2008 di Keuskupan Kota Kinabalu dengan Ranau menjadi tuan rumah. Setelah itu, pada tahun 2012, SYD3 kembali di Keuskupan Keningau dengan Tambunan menjadi tuan rumah.

SYD-2 yang diadakan di Paroki St.Peter Claver, Ranau(Keuskupan Kota Kinabalu)

Tambunan(Paroki Holy Cross Toboh & Paroki St.Theresa) menjadi destinasi SYD-3 dan yang ke-2 bagi Keuskupan Keningau.

Pada tahun 2007, Keuskupan Sandakan pula ditubuhkan, membawa Keuskupan Kota Kinabalu diangkat menjadi Keuskupan Agung di Sabah. Maka, Holy Trinity, Tawau iaitu sebuah paroki di bawah naungan Keuskupan Sandakan menjadi tuan rumah SYD 4 tahun 2016 buat pertama kalinya.

Selepas ditubuhkan, Keuskupan Sandakan menjadi tuan rumah SYD-4 yang menghimpunkan para belia di Paroki Holy Trinity, Tawau.

Menjelang tahun 2020 pula, yang seharusnya menjadi penganjuran SYD5 di Keuskupan Agung Kota Kinabalu bertempat di Holy Rosary Limbahau dan St. Joseph, Papar namun tertunda ke tahun 2021 disebabkan oleh pandemic Covid-19 yang melanda dunia sejak akhir tahun 2019. Akan tetapi kejutan pandemic ini tidak menjadi penghalang kepada penganjuran SYD5 walaupun diadakan secara alam maya melalui aplikasi media sosial.

: Pandemik Covid-19 telah mengubah landskap penganjuran SYD-5 apabila ia buat pertama kalinya diadakan secara maya.
SYD-6 bakal diadakan di Keningau pada tahun 2024 ini. Apakah yang bakal menanti para belia disana?

Jelasnya, penganjuran SYD tidak terhenti di situ namun SYD untuk kali ke-6 pada tahun 2024 kembali lagi diadakan di Katedral St. Francis Xavier. Maka, setiap kali SYD disebut, ianya jelas merangkumi ketiga-tiga keuskupan di Sabah.

Info & gambar:

1. Kertas Konsep SYD-6

2. Catholic Sabah

3. Page Rasmi SYD

Sharing is caring!