RETRET TAHUNAN PELAYAN LSKK PERINGKAT KEUSKUPAN KENINGAU

KENINGAU:  Pada 29 hingga 30 Mac lalu telah diadakan retret tahunan bagi pelayan Liturgi Sabda Kanak-kanak (LSKK) bagi peringkat Keuskupan Keningau.

Retret dimulakan dengan Misa pembukaan oleh YM Uskup Cornelius Piong. Dihadiri seramai 189 orang pelayan LSKK seluruh Keuskupan Keningau.

Dalam homili, Uskup berpesan kepada para pelayan agar sentiasa mengutamakan kesatuan dengan Tuhan dengan bantuan dan menggunakan medium yang disediakan oleh gereja seperti saat teduh, adorasi, buku-buku yang membantu dalam perjalanan iman dan banyak lagi.

Pembaharuan Komitmen Pelayan LSKK dihadapan Uskup

Medium ini juga telah dimodenkan dengan penggunaan teknologi semasa seperti firman dan renungan yang boleh didengari melalui audio Kupi Rohani, Fresh Juice dan banyak lagi yang boleh diakses melalui telefon pintar yang mana hampir semua orang memilikinya.

Mengutamakan kesatuan itu penting kerana Bapa yang telah mengutus kita untuk membawa anak-anak mengenal Yesus. Kesatuan yang akrab dengan Tuhan juga akan menghasilkan buah yang baik untuk disemai dalam diri anak-anak sejak dari kecil.

Melayani sebagai pelayan LSKK merupakan satu panggilan daripada Tuhan. Namun begitu, pelayanan itu haruslah digunakan dengan sebaiknya dan seturut kehendak Tuhan.  Pelayanan itu tidak boleh disalahgunakan bagi mengelakkan perkara yang tidak baik.

Dalam kesempatan ini juga, pelayan LSKK juga memperbaharui komitmen pelayanan mereka di hadapan Uskup. KOMSOS KGAU

 

Sharing is caring!