KEM BELIA KALI KE-4 ANJURAN ZON MINAWO

KENINGAU – Komiti Belia Katolik Zon Minawo sekali lagi telah menganjurkan Kem Belia Zon (KBKZ-4) peringkat Zon Minawo yang ke-4 bermula pada 28 hingga 31 Mac 2019. Kem yang bertemakan “Kesatuan, Kesetiaan, Kekudusan dalam Yesus Kristus” telah diadakan di KUK St. Michael Kindasan.

            Program ini telah disertai oleh belia dan beliwanis yang berumur 15 tahun ke atas. Pada kali ini, penyertaan KBZ-4 juga terbuka kepada beberapa zon yang berdekatan iaitu Zon Magatang, KUK Panui dan Zon Biah. Program ini dimulakan dengan Misa kudus yang disempurnakan oleh Rev. Fr. David R Gasikol.

          Pada hari kedua, aktiviti yang dijalankan adalah sesi ceramah pertama yang di sampaikan oleh Cik. Nancy Joneh, Pengerusi MPP KSFX dengan tajuk “Kesatuan.” Ceramah kedua adalah “Kesetiaan” yang disampaikan oleh En. Lius Yonolon mewakili Tim KiPKK KSFX. Diikuti dengan ceramah ketiga yang bertajuk “Kekudusan” disampaikan oleh Pengerusi KUK St. Joseph Minawo, Sdra. Jika George. Aktiviti dilanjutkan hingga ke malam dengan acara pentas bagi menunjukan bakat-bakat para belia mengikut tema kem tersebut.

           Hari ketiga, program dijalankan di luar kawasan Gereja yang mana aktiviti ini menguji para peserta mengharungi halangan-halangan yang dilalui. Dalam Acara ini para belia diajar untuk mempunyai kerendahan hati. Walaupun halangan-halangan tersebut mudah, namun susah untuk para peserta melepasinya. Pada malam kedua, para peserta diminta menulis surat luahan hati kepada ibu bapa. Pada malam itu juga Ibubapa peserta turut hadir bagi menyempurnakan malam perdamaian.

           Melalui program yang dijalankan, para peserta dapat lebih menghargai dan bersyukur atas segalanya yang mereka terima daripada Tuhan. Selain itu para peserta belajar hidup dalam kesatuan sebagai satu komiti yang berjalan bersama Yesus Kristus agar dapat mengeratkan lagi hubungan dengan kekeluargaan seterusnya menjadikan Yesus Kristus sebagai Ikon dalam perjalanan iman. Kem Belia Ke-5 akan diadakan di KUK St. Joseph Minawo – Tadius Kilip

Sharing is caring!