REKOLEKSI KEPIMPINAN ZON MINAWO

Mengambil Rupa Seorang Hamba

Artikel oleh: Tadius Kilip

KENINGAU – Selepas era Pendemik ke era Endemik Zon Minawo telah menganjurkan Rekoleksi Kepimpinan kali pertama dengan kerjasama  team Majlis Pastoral Paroki (MPP) dengan tema “Mengambil Rupa Seorang Hambah”  Filipi 2:7  bertempat di Kuk St.Monica Baitah pada 20Aug 2022. Sasaran utama Rekoleksi dikhususkan kepada semua AJKT ZON,KUK,KKD,KBK,KOMITI dan SUBKOMITI.

      Sesi dimulakan dengan perarakan Pentaktahan Alkitab  oleh Ajkt yang bertugas.Renungan singkat dari Kat.Severinus Jaitin dan seterusnya sesi ceramah pertama juga disampaikan oleh Kat.Severinus Jaitin tentang “Liturgi Dalam Gereja Katolik”.Teguran dari pemimpin Gereja (Paderi) bahawa umat harus memulakan dengan persiapan peribadi seperti doa sebelum melakukan sesuatu.Antara yg penting dikongsikan adalah membuat tanda Salib dengan cara yang betul juga para Ketikis Pelayan Sabda mempunyai buku Perayaan Sabda.Sesi amali pula mengajar para Pelayan Komuni cara-cara penyediaan peralatan Misa terutama penyediaan Hosti dengan demontrasi dilakukan dengan cara yang betul.

Program dimulakan dengan Pentakthaan Alkitab

      Penceramah kedua saudara Bro Jika George Guka dengan tajuk “Keperibadian Seorang Pelayanan” .Beliau  menekankan tentang sikap karakter seseorang pelayan berani meninggalkan cara hidup lama (kedagingan),menyangkal diri dan tahan uji,agar dalam pelayanan sesorang itu dapat mengurus diri,keluarga dan pekerjaan dengan baik untuk memimpin dan menjadi contoh melalui tauladan.

      Sesi seterusnya disampaikan oleh Puan Nancy Nelly Joneh yang bertajuk “Pelayanan Maksimal”.Motivasi pelayanan untuk mengenal,mengasihi dan melayani Tuhan dan menjadi garam dan terang dunia.Puan Nancy juga telah mengualas kata-kata Datuk Bishop Cornelius Piong tentang pelayanan iaitu “Pelayanan memang berat tetapi tidak membebankan”      Undian cabutan tuan rumah pada tahun akan datang yang dilakukan oleh Pengerusi Zon saudara Hendry Yamurong dimana St.Joseph Minawo akan menjadi tuan rumah pada 2023.Acara santai mengakhiri program tersebut

Sharing is caring!