KENINGAU : Perayaan Misa sempena Pesta Tubuh dan Darah Yesus telah diadakan di Katedral St. Francis Xavier. Misa disempurnakan oleh YM Bapa Uskup Cornelius Piong pada 3 Jun 2018. Pesta Tubuh dan Darah Yesus merupakan ungkapan cintakasihnya yang begitu kuat terhadap umatnya
Bersempena dengan perayaan ini juga, perlantikan baru 13 orang dan pembaharuan janji pelayan pembantu komuni peringkat Paroki KSFX.
Uskup mengungkapkan kesyukuran atas kesanggupan para Pelayan Pembantu Komuni untuk dipakai Tuhan dalam membantu sebagai Pelayan Komuni.
Selepas homili, upacara Perlantikan Baru disempurnakan oleh Uskup diikuti dengan pembaharuan janji pelayan pembantu Komuni.