PENYEGARAN IMAN KOMITI KATEKIS KEUSKUPAN KENINGAU

KENINGAU : Pada 26 sehingga 27 November 2018, Katekis seluruh Keuskupan Keningau telah berhimpun untuk menjalankan program penyegaran iman di Rumah Retret Keuskupan Keningau, Tatal.

Seramai 238 orang Katekis telah menghadirkan diri dalam program ini.

Objektif program ini adalah supaya katekis bukan sahaja dapat mengukuhkan, mendalami dan menyantap santapan rohani tetapi juga dapat berkongsi pendapat dan pengalaman sebagai katekis pemimpin gereja. Terutama program setahun sekali ini yang melibatkan katekis dari paroki yang berlainan sudah tentu banyak pendapat dan pengalaman yang dapat dikongsikan.

Katekis dan Ibadat Sabda bukanlah untuk menggantikan Misa Kudus melainkan membawa umat untuk terus merindukan perayaan Ekaristi. Misa Kudus merupakan nadi dan jantung, sumber puncak iman kepada gereja. Oleh itu, Katekis diminta supaya menghadiri Misa Kudus terlebih dahulu sebelum menjalankan Ibadat Sabda.

 

“Adalah satu kerugian bagi kita sebagai katekis, biarpun sudah melayani bertahun-tahun tetapi diri sendiri tidakpernah merayakan Misa Kudus. Kita harus diteguhkan selalu.” Msgr. Gilbert J. Engan dalam homilinya.

Fr. Rudolf juga menggalakkan katekis yang baru mahupun yang sudah lama melayani untuk ambil masa untuk mengikuti kursus selama setahun yang diadakan di Pusat Pastoral Keuskupan Keningau (PPK).

“Syukur kepada Tuhan kerana terlaksananya program ini berkat campur tangan dari Tuhan Yesus sendiri.” Ujar Rev. Fr. Rudolf Joannes selaku pembimbing rohani Komiti Katekis berharap agar program seperti itu diteruskan. KOMSOS KGAU

Sharing is caring!