PEMBERKATAN GEREJA OUR LADY OF LOURDES, KG KITUNG

KENINGAU : “Kita bersyukur kepada Tuhan kerana kesempatan rahmatNya ini dimana kita umat khususnya di Kg Kitung di Zon Senagang sekali lagi menyaksikan sebuah lagi gereja baru,” Ujar Uskup sempena Misa Pemberkatan Gereja Our Lady of Lourdes, Kg. Kitung.

Bangunan Gereja Our Lady of Lourdes ini dahulunya merupakan sebuah balai raya yang sudah usang dan uzur. Dengan bantuan sumbangan daripada pebagai pihak, KUK Kitung berjaya membaikpulih bangunan gereja yang diberi nama Gereja Our Lady of Lourdes.

Seramai lebih kurang 200 umat dari sekitar Zon Senagang datang menghadiri majlis perasmian itu. Turut hadir dalam majlis ialah YB Datuk Daniel Kinsik dan rombongan, Pengerusi MPP Stella Kinsik dan umat sekitar KSFX.

Uskup dalam homilinya menyatakan kerana bukan hanya kerana jurubina yang menjadikan tranformasi bangunan balai raya kepada gereja tetapi juga oleh iman dan dedikasi umat KUK Kitung. KUK Kitung kini mempunyai sebuah tempat untuk menyembah Tuhan. Uskup juga memberikan pesan sempena dengan musim pra paskah ini agar tranformasi juga terjadi pada setiap individu juga dalam keluarga dan komuniti.

En. Emanuel mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Uskup dan Pengerusi MPP kerana menjadi tulang belakang dalam membaik pulih bangunan gereja. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan Datuk Daniel. Tidak lupa juga ucapan terima kasih beliau sampaikan kepada Fr. Joseph yang banyak memberikan bimbingan rohani kepada KUK Kitung.

En. Lazarus yang juga merupakan Pengerusi Zon Senagang berterima kasih dan mengalu-alukan lagi sumbangan dan derma daripada mana-mana pihak untuk kelengkapan bangunan gereja.

Pn. Stella berharap agar umat KUK Kitung menjaga dan menghargai bangunan gereja baru itu dan mengharapkan agar umat-umat sentiasa komited dan meneguhkan iman dengan adanya gereja yang baru itu.

Selesai perayaan Misa, Datuk Daniel Kinsik dijemput untuk memalu gong sebanyak 5 kali sebagai simbolik perasmian. Paluan sebanyak 5 kali pula merupakan 5 KUK yang bernaung di Zon Senagang. Kemudian Uskup dan Datuk Daniel memotong reben dan menandatangani Plak Perasmian disaksikan umat yang hadir.

Uskup dan para jemputan dijemput ke Dewan Kg. Kitung untuk jamuan tengah hari. Pelbagai acara yang telah diadakan untuk menhibur para hadirin. Antaranya ialah, cabutan tiket dan persembahan pentas oleh setiap KUK di Zon Senagang.

Sharing is caring!