MERIAH KESYUKURAN PERAYAAN 5 DALAM 1

putungkek

MELALAP,TENOM – Pada 20hb Ogos 2017 yang lalu, Komuniti Umat Katolik (KUK) Santa Maria Di Angkat Ke Syurga Melalap telah meraihkan Kesyukuran 5 perayaan sekaligus iaitu Perayaan Ulangtahun Keuskupan ke 24, Pesta Kaamatan, Pesta Penaung Gereja, Ulangtahun Penubuhan Komuniti Kristian Dasar (KKD) ke 19 Dan Hari Bapa peringkat KUK Santa Maria Di Angkat Ke Syurga. Dimeriahkan lagi umat dari KUK St. Paul Pagansangon Melalap. Seramai hampir 400 orang umat yang hadir memeriahkan perayaan ini.

Objektif perayaan ini adalah untuk membawa umat agar semakin mahu bersyukur atas penyertaan Tuhan di dalam kehidupan mengereja serta membawa kesedaran betapa pentingnya untuk berjalan bersama di dalam mencapai misi dan visi keuskupan juga untuk menyahut seruan keuskupan pada tahun  ini dengan Tema Keluarga “Ibu Bapa dan Warga Emas.”perasmian

Pelbagai aktiviti telah diadakan sebagai pengisian program sebelum perayaan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Pertandingan Menjawab Soalan Kuiz Dari Injil Matius, Pertandingan Membaca Petikan Alkitab  dan Pertandingan Mendaraskan Mazmur. Pertandingan ini merupakan anjuran Komiti Alkitab dan Komiti Katekatikal. Pertandingan Sukan Rakyat juga dilaksanakan yang dikendalikan oleh Kerasulan Belia Katolik (KBK). Objektif pelaksanaan pertandingan-pertandingan ini adalah untuk menyemarakkan lagi semangat solidariti di antara sesama umat.

konsikrasi

Perayaan 5 dalam 1 ini dimulakan dengan Misa Kudus yang disempurnakan oleh Rev Fr. David Mamat. “Di mana ada kesatuan di situlah Tuhan hadir, namun sebaliknya, sekiranya ada perpecahan di situlah iblis hadir.” demikianlah homili yang disampaikan beliau. Penekanan kesatuan di dalam homilinya bersesuaian dengan tema perayaan iaitu “Umat Allah Berjalan Bersama Dengan Kristus”.

Pembaharuan komitmen para lektor juga diadakan pada hari tersebut, seramai 51 orang yang mewakili setiap KKD dan KUK St. Paul Pagansangon telah memperbaharui komitmen mereka.

tarian

Selepas Misa Kudus acara diteruskan di Dewan Terbuka dimulai dengan ‘Tarian Sambut Tamu’ oleh Kumpulan Penari Kebudayaan KBK dan pelbagai aktiviti lain daripada setiap KKD. JB

Sharing is caring!