MENJADI LELAKI ADALAH MASALAH KELAHIRAN TETAPI MENJADI LELAKI SEJATI ADALAH MASALAH PILIHAN.

KENINGAU : Kem Lelaki Sejati Katolik Siri ke–2 telah diadakan di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal pada 9 hingga 12 November 2017. Kem ini disertai oleh 36 peserta dari seluruh Keuskupan Keningau dan Keuskupan Kota Kinabalu. Kem siri kedua ini telah dikendalikan oleh seramai 14 orang Fasilitator yang terdiri daripada peserta kem siri pertama dan juga AJK Induk Kerasulan Lelaki Katolik (KLK) Keuskupan Keningau serta Tim WABERKAT.

Misa Kudus Pembukaan Kem web

Gambar AJK Pelaksana Kem web

Kem ini dimulakan dengan Misa Kudus yang disempurnakan oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong. Dalam homili Bapa Uskup. beliau berharap agar para peserta kem mengambil kesempatan ini untuk belajar bagaimana menjadi seorang Imam, Guru dan pemimpin keluarga.  Bapa Uskup menerangkan bahawa lelaki dan perempuan itu adalah sama tarafnya dimata Tuhan dalam “Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambarNya dia; laki-laki dan perempuan diciptakanNya mereka”.  (Kej. 1:27). Namun, yang membezakan hanyalah peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai lelaki atau perempuan

Seusai Misa Kudus, Bapa Uskup telah meluangkan masa untuk makan bersama AJK Pelaksana dan peserta kem.

Kem diakhiri dengan Misa Kudus oleh Pembimbing Rohani KLK Fr. Benedict Daulis dan jamuan kesyukuran.- Kerasulan Lelaki Katolik Keuskupan Keningau

Sharing is caring!