MENDENGAR SABDA ALLAH SUMBER PELAYANAN KKD

RS1

Tenom – Rekoleksi singkat Komuniti Kristian Dasar (KKD) telah diadakan di Paroki St Anthony Tenom pada 25 Mac 2017 dan disertai seramai 331 orang yang melibatkan KKD oustasi dan juga KKD pusat.

RS3

Rekoleksi ini dimulakan dengan misa kudus Pesta Kabar Sukacita yang dipimpin oleh Fr. Roney Walter Mailap.  Fr. Roney dalam sesi pertama membawa para peserta untuk merenung kembali dalam pelayanan KKD dan mengaitkan peranan Maria dan Marta dalam Injil Lukas 10: 38-42.  Dalam ayat “41: Tetapi Tuhan menjawabnya: “Marta, Marta, engkau kuatir dan menyusahkan diri dengan banyak perkara, 42: tetapi hanya satu saja yang perlu: Maria telah memilih bagaian yang terbaik, yang tidak akan diambil daripadanya.”  Demikian juga didalam pelayanan KKD, kita terlalu sibuk dengan hal-hal lain, sedangkan mendengar Firman Tuhan itu lebih penting seperti yang diambil oleh Maria (ayat 39: Maria ini duduk dikaki Tuhan dan terus mendengarkan perkataanNya).  Sebab itu, mengapa kita perlu mendengar sabda Tuhan setiap hari kerana dalam Injil terdapat pesan bukan sahaja kepada orang kristian secara umum tetapi juga pesan kepada pelayan/pemimpin.

RS4

Dalam sesi seterusnya Fr Roney mencadangkan agar disetiap KKD mengaktifkan aktiviti kerohanian seperti KKS 7 Langkah, Doa Kelompok, Devosi-Devosi dan  Lectio Divina (peribadi atau kelompok) serta Doa pribadi harian.  Serahkan semua perancangan dan perlaksanaan program dalam penyelanggaraan Ilahi, Pelayanan pastoral gereja adalah milik Yesus kita hanya menyertai misi Yesus dan yang lebih penting melayani kerana Tuhan dan bukan kerana memenuhi kehendak peribadi tambah Fr. Roney.

RS5

Diakhir sessi, Saudara Wences Yusin Adam mengongsikan pengalamannya di dalam pelayanan KKD, diikuti dengan pengerusi MPP Saudara Mathew Tulas yang juga turut mengambil kesempatan untuk mewar-warkan program paroki menuju ke Jubli Perak pada Tahun 2018.  Dalam ucapan penutup Pengerusi KKD Paroki saudara Jimmy Jawatah berterima kasih kepada Fr. Roney Walter Mailap kerana memberi ruang dan masa kepada paroki Tenom untuk mengadakan rekoleksi singkat yang sangat bermanfaat bagi semua peserta.  Rekoleki ditutup dengan doa oleh Fr. Roney sendiri diikuti dengan makan tenghari bersama dengan semua peserta. – Christy F. Anjun.

Sharing is caring!