GR1

Purun – Seramai 65 orang termasuk kanak-kanan hadir di dalam gotong-royong. Kegiatan ini merupakan kegiatan rutin untuk membersihkan Rumah Retret Keuskupan Keningau, Purun (RRKKP) yang telah diadakan pada hari Sabtu, (18/03) yang lalu.

GR2

GR3

Pada kali ini, kegiatan membersihkan RRKKP, diketuai oleh Gereja St Valentine, Beaufort dan dibantu dari KUK berdekatan. Sebelum gotong-royong dimulai, Rev Fr Ronnie Luni yang ditunjuk sebagai ketua pengurusan RRKKP yang baru, mengadakan sesi taklimat singkat dan pembahagian kawasan-kawasan yang perlu dibersihkan. Beliau juga memimpin doa, agar segala sesuatu yang telah dirancang dapat berjalan dengan lancar.

GR5

GR6

Pada masa yang sama, kehadiran Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dan Msgr. Gilbert Engan turut memeriahkan lagi aktiviti gotong-royong. Kegiatan gotong-royong berakhir pada jam 12 tengahari dan ditutup dengan makan bersama sebelum semuanya bersurai.

GR7