Artikel oleh : Juanis bin Marcus
Keningau– Keuskupan Keningau mengambil peluang sempena Pesta Epifani
pada 7 Januari untuk merayakan Misa Kudus Sempena Hari Kanak-Kanak sedunia. Program yang dikendalikan bersama Tim Liturgi, Tim LSKK(Liturgi Sabda Kanak- Kanak) dan Tim Program Kasih telah diadakan di Dataran Keuskupan Keningau.
Sekitar 400 kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun terlibat kali ini. Istimewanya, kanak-kanak ini mengambil bahagian dalam tugasan liturgi, seperti komentator, lektor dan warden. Lebih mengamit perhatian lagi apabila, kanak-kanak ini berkoliborasi dengan pembimbing mereka untuk mempersembahkan gimik Pesta Epifani semasa perarakan persembahan.
Yang Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong , selebran pada hari tersebut menegaskan bahawa pentingnya kanak-kanak pada masa kini untuk dibimbing juga dengan terang Kristus. “Seperti orang majus yang dibimbing oleh bintang terang itu,Kanak-kanak pada masa kini juga harus dibimbing oleh terang Kristus agar mereka dapat mengenali Yesus di usia awal mereka,”jelas prelatus itu.
Jelas prelatus itu lagi, Terang Kristus yang dimaksudkannya itu adalah didikan ibu bapa dan pembimbing. Menjawab mengenai mengapa pentingnya kanak-kanak mengenali Kristus lebih awal, prelatus itu menjelaskan kerana kanak-kanak terdedah kepada godaan-godaan dunia yang akan cuba memesongkan tumpuan mereka kepada Yesus Kristus. “Contoh godaan yang mereka hadapi adalah pengunaan handphone sehingga terdedah kepada kandungan-kandungan yang tidak baik,” tutup ketua Keuskupan Keningau itu.
Di akhir misa, Bapa Uskup Cornelius sempat untuk mencadangkan agar Misa Kudus dengan petugas liturginya daripada kanak-kanak dapat diadakan 1 kali dalam 4 bulan. Prelatus itu kemudian memberkati kanak-kanak yang hadir sebelum para Tim Penganjur memberikan mereka goodies bag.