ULANG TAHUN INSTITUSI SEKULAR KOMUNITI BETANIA YANG KE 21

KENINGAU : Dengan penyertaan kuasa Tuhan, Institusi Sekular Komuniti Betania (ISKB) telah berjalan bersama selama 21 tahun.

Seramai kira-kira 100 orang umat termasukalah anggota ISKB hadir dalam Ulang Tahun IKSB yang ke 21 pada 27 Julai 2018. Misa sempena ulang tahun ISKB diadakan di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal (RRKKT) yang disempurnakan oleh YM Uskup Cornelius Piong. Turut hadir, Rev. Fr Ronnie Luni dan Rev. Fr Bonaventure Unting.

Continue Reading →

MESYUARAT AGUNG INSTITUSI SEKULAR KOMUNITI BETANIA SESI 2018 -2023

KENINGAU: Mesyuarat Agung Institusi Sekular Komuniti Betania (ISKB) Sesi 2018 -2023 telah diadakan di Rumah Retret Keuskupan Tatal pada 9 Jun 2018. ISKB ini dianggotai seramai 20 orang ahli yang berkomitmen kekal dan sementara. Komuniti ini adalah kelompok anggota Gereja yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang ingin dan memilih hidup bakti dan tunggal untuk Yesus.

Continue Reading →

INSTITUSI SEKULAR KOMUNITI BETANIA BERTAMBAH ANGGOTA

 KENINGAU : Sekali lagi Institusi Sekular Komuniti Betania (ISKB) menerima seorang anggota baru iaitu Sdri. Janet Leong yang melafazkan komitmen pertamanya di hadapan Bapa Uskup dan disaksikan umat yang hadir. Tidak ketinggalan juga bagi Sdra. Sabius Gatail Luis yang melafazkan komitmen kekalnya.

SONY DSC

Sdri. Janet Leong melafazkan komitmen pertamanya

Upacara Perlafazan Komitmen Kekal oleh Sdra. Sabius Gatail Luis

Litani Para Santo dan Santa

Bersempena dengan ini, perayaan Ekaristi telah diadakan di dewan terbuka Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal (RRKKT) oleh YM Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong. Dihadiri oleh lebih kurang 100 umat sekitar KSFX dan ahli keluarga anggota ISKB.

Sdri. Janet menerima Buku Garis Panduan Hidup ISKB

Bapa Uskup Mengalungkan Rantai Salib kepada Sdri. Janet Leong

 

Pemberian Buku Ibadat Harian

Pemberian Cincin bagi komitmen kekal

Disamping itu, tiga orang lagi anggota ISKB iaitu Sdra. John Ambi, Sdri. Winnah Jude dan Sdri. Melita Petrus turut memperbaharui komitmen sementara mereka.

Sdra. John, Sdri. Winnah dan Sdri. Melita memperbaharui komitmen

ISKB telah lahir di Keuskupan Keningau sejak 20 tahun yang lalu. ISKB merupakan komuniti awam sama ada lelaki atau wanita yang ingin dan memilih untuk hidup tunggal untuk Tuhan. Dalam pelayanannya, anggota ISKB berusaha menghidupi dan menghayati tiga komitmen iaitu kemurnian, kesederhanaan dan ketaatan. Setakat ini, Anggota ISKB di Keuskupan Keningau adalah seramai 20 orang, 16 komitmen kekal dan 4 orang komitmen semantara serta 5 orang peninjau.

Anggota ISKB

Bapa Uskup bersama anggota ISKB

 “Tuhan sentiasa menunggu kedatangan kita. Bagi kita yang datang kepada Yesus seperti anggota ISKB yang akan menerima dan memperbaharui komitmen merupakan satu ungkapan bahawa kita datang dan menyerahkan hidup kepada Yesus. Dalam kehidupan seharian khususnya dalam doa dan pelayanan seperti ini, kita boleh menjadi saluran kehadiran Yesus dan membawa orang-orang yang memerlukan Tuhan,” kata Uskup dalam homilinya.

Anggota Keluarga Janet

Bapa Uskup bersama Sdri.Janet dan keluarganya

Anggota Keluarga Sabius

Bapa Uskup dan Sdra.Sabius dan keluarganya

Seusai perayaan Ekaristi, Bapa Uskup, anggota ISKB dan para tetamu dijemput ke dewan RRKKT untuk jamuan kesyukuran. – An Richard

kek1

kek2

kek3

MENJADI LELAKI ADALAH MASALAH KELAHIRAN TETAPI MENJADI LELAKI SEJATI ADALAH MASALAH PILIHAN.

KENINGAU : Kem Lelaki Sejati Katolik Siri ke–2 telah diadakan di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal pada 9 hingga 12 November 2017. Kem ini disertai oleh 36 peserta dari seluruh Keuskupan Keningau dan Keuskupan Kota Kinabalu. Kem siri kedua ini telah dikendalikan oleh seramai 14 orang Fasilitator yang terdiri daripada peserta kem siri pertama dan juga AJK Induk Kerasulan Lelaki Katolik (KLK) Keuskupan Keningau serta Tim WABERKAT.

Misa Kudus Pembukaan Kem web

Gambar AJK Pelaksana Kem web

Kem ini dimulakan dengan Misa Kudus yang disempurnakan oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong. Dalam homili Bapa Uskup. beliau berharap agar para peserta kem mengambil kesempatan ini untuk belajar bagaimana menjadi seorang Imam, Guru dan pemimpin keluarga.  Bapa Uskup menerangkan bahawa lelaki dan perempuan itu adalah sama tarafnya dimata Tuhan dalam “Maka Allah menciptakan manusia itu menurut gambarNya dia; laki-laki dan perempuan diciptakanNya mereka”.  (Kej. 1:27). Namun, yang membezakan hanyalah peranan dan tanggungjawab masing-masing sebagai lelaki atau perempuan

Seusai Misa Kudus, Bapa Uskup telah meluangkan masa untuk makan bersama AJK Pelaksana dan peserta kem.

Kem diakhiri dengan Misa Kudus oleh Pembimbing Rohani KLK Fr. Benedict Daulis dan jamuan kesyukuran.- Kerasulan Lelaki Katolik Keuskupan Keningau

REKOLEKSI GURU-GURU TADIKA ST. FRANCIS XAVIER, KENINGAU DAN ST. JAMES, APIN-APIN, KENINGAU.

KENINGAU: Rekoleksi sehari bersama Seminarian David Gasikol yang bertempat di Pusat Retret Keuskupan Keningau Tatal telah diadakan pada 25hb April 2017.

GURU 1

Rekoleksi sehari ini telah dihadiri seramai 21 orang guru tadika termasuklah guru besar Tadika SFX dan SJA, masing-masing Sister Liza J dan Sister Tauria Taurin dari FSIC sister.

GURU 2

Dalam rekoleksi tersebut, Seminarian David, selaku penceramah rohani sepanjang rekoleksi tersebut, menekankan tentang identiti diri, penerimaan diri, dan introspeksi diri.

Rekoleksi tersebut telah diakhiri dengan adorasi yang di-integrasi, diikuti dengan makan malam kesyukuran kepada guru pelatih tadika daripada Kolej Vokasional dan Geomatika, Keningau yang telah menamatkan praktikal sekolah tadika selama empat bulan sejak Januari Tahun ini.