PELAYANAN SAKRAMEN KEPADA UMAT DI KG KOROLOK

_DSC0310

Lawatan Rev. FR David Mamat bersama Komiti Katekis pada 2-3hb April 2015 telah pun berjalan dengan jayanya. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberikan Sakramen Inisiasi kepada Umat di Kampung Korolok. Sepanjang setahun para Katekis bergilir-gilir mengikut jadual, pada setiap hujung minggu iaitu Jumaat & Sabtu Ke Kampung Kolrolok utk memberi sesi pembelajaran kepada umat Korolok. Jarak kg Korolok ke GBMK adalah 123km melalui jalan kayu balak. Dan pada 01hb April Komiti Katekis & katekatikal mendahului rombongan Paderi utk memberi Rekoleksi singkat kepada para calon Baptis.

_DSC0317

_DSC0508

Rombongan paderi bersama umat Mission Kemabong tiba pada 02hb April tiba di kampung Korolok pada jam 10.30pagi. sesi pertama dijalankan adalah temuduga utk bagi umat yg akan menerima Sakramen Perkahwinan. Jam 12.00 tengahari, Sakramen perkahwinan dijalankan 2pasangan umat yang ditemuduga layak mengikuti Sakramen ini. Jam 2.00petang Misa Kudus Paska dijalankan, seramai 68orang telah menerima Sakramen Inisiasi. Dalam Homili Fr David, beliau memperkongsikan cabaran2 didalam menjadi seorang Kristian Katolik, dan memilih menjadi Katolik bukan satu permainan. Beliau juga memberi peluang kepada umat yang belum bersedia menjadi katolik untuk menarik diri, ini kerana menjadi Kaktolik bukanlah satu paksaan. Beliau juga menegaskan, bukan kuantiti yang diperlukan dlm mengimani agama, kualitilah yang amat dititikberatkan. Selepas Misa Kudus selesai, acara kesyukuran diteruskan. Pada 03hb April, sebelum rombongan Paderi bertolak balik, Misa Kudus pagi dijalankan, upacan tahniah kepada semua penerima Inisiasi, juga Para Katekis, Katekatikal, KWK, MPM & semua umat yang turut serta dalam menjayakan Misi ini selama lebih kurang setahun. Turut menyampaikan ucapan En. Sigoh Matius, Pengerusi KUK Kg Korolok, mengucapkan tanda syukur yang tidak terhingga diatas kejayaan Misi ini, beliau juga berbesar hati mendermakan tapak tanah berdekatan rumahnya untuk membina debuah gereja. Rombongan paderi bertolak balik pada jam 2.00petang.

_DSC0144

_DSC0183

_DSC0180

LAWATAN PARA BELIA GEREJA BONDA MARIA, MISSION KEMABONG KE GEREJA ST MICHAEL, ZON TOMANI

DSC_0192

Kemabong – Pada 02hb yang lalu, seramai 30 belia yang bernaung di bawah Gereja Bonda Maria, Mission Kemabong mengadakan lawatan ke Gereja St Michael Kuala Tomani. Lawatan sehari Kerasulan Belia Katolik ini merupakan aktiviti pertama yang dianjurkan bagi tahun 2015. Aktiviti pada kali ini bertujuan untuk mengeratkan lagi persaudaraan dan perkenalan di antara para belia yang mewakili belia pusat dan belia dari Zon Tomani.

DSC_0186

DSC_0223

Seramai 50 belia seluruh Zon Tomani hadir bagi memeriahkan aktiviti yang telah dirancang bagi mereka. Para belia ini masing-masing mewakili KBK Gereja St Michael Kuala Tomani, St Jude Kaparungan, St Thomas Mamaitom dan KBK St Paulus Bangkulin. Ada pun objektif lawatan belia pusat pada kali ini adalah untuk mempromosikan SYD-4 (Sabah Youth Day Ke-4) yang akan diadakan pada 6-10 Jun 2016 bertempat di Gereja Holy Trinity, Tawau.

Rev Fr Benedict Runsab berkenan mendampingi para belia dan di dalam perayaan Ekaristi, beliau menasihatkan kepada para belia agar memiliki iman yang teguh dan sedar selalu bahawa setiap pelayanan haruslah terfokus kepada peribadi Yesus, seperti Injil pada hari ini. Injil menerangkan bahawa Yesus adalah roti hidup yang memberikan kehidupan (Yoh 6:35). Dewasa ini manusia terlalu terfokus pada “AKU” dan melupakan yang lebih utama iaiti Tuhan. Motif pelayanan semakin kabur dan akhirnya pelayanan tersebut bersifat manusiawi belaka dan mencari penghargaan. Jika kita sedar bahawa yang harus diutamakan ialah Yesus, maka kita akan mencontohi Yohanes Pembaptis yang selalu menjadi kecil dihadapan Yesus. Perayaan Ekaristi yang kita rayakan bersama mengingatkan kita akan kepentingan spiritual, dan komuni kudus merupakan bekal perjalanan hidup kita menuju kepada Tuhan.

DSC_0001

DSC_0219

Setelah perayaan Ekaristi, para belia diajak untuk saling mengenali dan mereka dibawa untuk lebih dekat lagi dengan peribadi Yesus dalam lagu puji-pujian. Mereka turut didedahkan dengan situasi dan pelayanan para belia yang melayani di Gereja pusat. Acara lain iaitu mempromosikan Sabah Youth Day Ke-4 (SYD-4) dimana para belia dari ketiga keuskupan akan berkumpul selama beberapa hari. Di dalam pertemuan ini, para belia akan dibawa untuk menyedari kehadiran Kristus di dalam hidup para belia dan memperkasakan jatidiri para belia untuk menjadi ejen perubahan dalam memberitakan Injil (Yesus) dengan penuh kemurahan hati.

Selain daripada mempromosikan SYD-4, para belia dari Zon Tomani juga disuguhi dengan tayangan video kaitannya dengan sejarah penyelamatan, dan tayangan video kaitannya dengan pelayanan yang sudah dilakukan oleh belia pusat. Diharapkan dengan tayangan-tayangan ini, para belia terbuka hati untuk mahu melayani di Gereja masing-masing.

DSC_0164

Tepat jam 5 petang, acara bersama dengan para belia akhirnya berakhir. Doa penutup dan salam damai mengakhiri pertemuan pada kali ini. Semoga dimasa mendatang, para belia Zon Tomani akan semakin berkembang dan bertumbuh di dalam iman dan melayani umat dengan setia.

DSC_0174

DSC_0170

DSC_0169