RETRET PELAYANAN MISSION KEMABONG

1

Kemabong – Retrat pelayanan Mission Kemabong telah pun berlangsung selama 3 hari. Seramai 150 orang peserta dari seluruh Mission Kemabong telah menyertai retrat yang dianjurkan oleh Tim Kelompok Inti Pembaharuan Karismatik Katolik Mission Kemabong. Retrat bermula pada 21hb Jan jam 2-5 petang adalah pendaftaran. Tepat jam 5.30 petang Misa Kudus oleh Rev. Fr Benedict. Dalam perkongsian beliau terhadap pelayanan, beliau berkata banyak cabaran dan hambatan seseorang pelayanan Gereja. Dan ianya sama diumpamakan dengan perjalanan Yesus sepanjang ke bukit Galgota yang kita imani dalam Salib semasa prapaskah. Menurutnya lagi,  kesempatan retret ini, menjadi satu kerugian bagi mereka yang tidak menyertai retret ini.

2

3

Sepanjang retret berjalan pelbagai perkongsian daripada para penceramah antaranya Saudari Beatrice Nemesius dari Rumah Retrat Purun dan Saudara Paulus Jiran dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Kedua-duanya memperkongsikan cabaran sepanjang melayani, dan pelayanan mereka secara peribadi terhadap keluarga mereka  masing-masing, dan bagaimana mereka menghadapi pelbagai cabaran dalam pelayanan tetapi dalam perjalanan pelayanan mereka, Tuhan tidak menutup mata, dan sentiasa memberi penghiburan.

4

5

Selain perkongsian, aktiviti berkumpulan juga diadakan, peserta dibagi menjadi beberapa kumpulan untuk membincangkan hasil perkongsian yang dikongsikan oleh penceramah, apa yang mereka perolehi, apa yang akan dilakukan dalam pelayanan terhadap keluarga dan Gereja dan apa pelayanan yang akan mereka ambil selepas melalui retret ini dan apabila kembali ke tempat masing-masing. Pada waktu malam terakhir, sesi perdamaian dijalankan. Sesi perdamaian yang berbeza daripada sebelum ini, dimana sesi pembasuhan kaki seperti Yesus membasuh kaki murid-muridnya. Sebelum doa malam, para Katekis yang menyertai retret ini didoakan dan diberi penumpangan tangan untuk kekuatan dalam pelayanan pada masa akan datang.

6

Pada hari terakhir, sedikit perkongsian daripada Saudari Beatrice tentang Bonda Maria sebagai tauladan seorang pelayan. Dan diakhir sesi, para peserta telah memberi perkongsian mereka terhadap apa yang mereka laui sepanjang retret tersebut. Sesi berakhir pada jam 2 petang.

REKOLEKSI DAN PERUTUSAN PARA KAROLERS GEREJA BONDA MARIA MISSION KEMABONG

Kemabong – Seramai lebih kurang 300 carollers yang hadir dari setiap KUK menerima perutusan drp Rv. Fr. David pada 10 Dis 2016. Sebelum Misa perutusan dijalankan, Rekoleksi singakat telah diadakan, sesi ceramah disampaikan oleh Rv. Fr David, dalam sesi ceramah, beliau telah memberi maksud dan tujuan rekoleksi ini diadakan adalah umpama “senjata” kerana mengikuti karoling tanpa diutus adalah sia-sia kerana kita tidak tahu apa makna dan tujuan kita mengadakan karoling tanpa memahami makna Adven karoling tidak membawa apa-apa makna kerana Adven itu sendiri berkaitan dengan tujuan karoling. Tujuan utama Adven adalah mengarahkan hati supaya dengan penuh harapa nkita menantikan kedatangan Yesus untuk kali yang kedua ada akhir zaman. Pembacaan setiapa hari minggu Adven bukan sahaja menekankan tentang persiapan untuk menyambut kelahiran Yesus tetapi juga mempersiapkan diri untuk kedatangan Tuhan kali kedua iaitu pada akhir zaman iaitu pada waktu Yesus dating sebagai hakim dan Raja serta saat kematian dating pada kita. Persiapan diri yang dimaksudkan adalah pertobatan.Tujuan utama Adven yang kedua ialah mempersiapkan hari Natal secara sacramental iaitu bukan sahaja kita mengenang kelahiran Tuhan 2000 tahun yang lalu tetapi merayakan kelahiran Yesus secara rohani iaitu Yesus lahir di dalam hati dan peribadi kita. Yohanes Pembaptis berpesan agar kita  bersiap sedia dan meluruskan jalan bagi Tuhan untuk mengingatkan kita bahawa Yesus mahu lahir dalam hati dan peribadi kita. Oleh itu, Adven membawa maksud persiapan diri kita untuk menyambut  Natal nanti iaitu bertobat, berdoa dan berbuat amal kasih. Selain karoling, salah satu perkara yang sering dilihat pada musim Adven adalah Lingkaran Lilin Adven yang juga melambangkan maksud sebenar Adven itu. Lingkaran Lilin Adven itu sendiri melambangkan Tuhan yang Abadi tanpa awal dan akhir serta melambangkan satu pusingan kehidupan. Setiap lilin dalam lingkaran membawa maksud yang berlainan iaitu Lilin Pertama bermaksud pengharapan akan kedatangan Yesus. Seterusnya Lilin Kedua bermaksud perdamaian yang Yesus beri melalui kedatangan. Lilin ketiga bermaksud sukacita akan kelahiran Yesus dan akhir sekali Lilin Keempat bermaksud cinta kasih yang Yesus bawa melalui kedatanganNya. Tambahan pula, setiap hari minggu Adven membawa mesej yang tersendiri iaitu Minggu Pertama iaitu persiapan awal untuk kedatangan Tuhan. Manakala Minggu Kedua adalah apakah persiapan yang perlu kita lakukan iaitu bertobat, berdoa dan berbuat amal kasih. Minggu Ketiga menekankan bahawa kita perlu bersih dari dosa dan lebih peka tentang kedatangan Tuhan. Akhir sekali, Minggu Keempat menekankan agar kita mengambil teladan Bonda Maria yang pasrah akan kedatangan Yesus di hidupNya. Dalam Adven juga pertobatan juga ditekankan iaitu bertobat kerana gembira dan sukacita akan kedatangan Yesus agar layak bertemu dengan Yesus. Kesimpulannya, tujuan karoling adalah mewartakan kedatangan Yesus yang lahir untuk menyelamatkan dunia dan membawa serta menggalakkan orang yang kita lawati semasa karoling untuk bertobat, berdoa dan beramal kasih agar dapat membuat perubahan dalam hidup dan memulakan hidup yang baru. Dalam Homili beliau pula, belaiu memberi renungan seperti didalam pembacaan Injil hari tersebut, dimana Yesus mengatakan bahawa Elia sudah dating namun kita tidak mengenalnya. Eliayang dating di dalam diri Yohanes Pembaptis mempersiapkan jalan bagi Tuhan dan apa yang harus kita lakukan? Kita harus mendengar dan mengikuti perintahnya.  Janganlah kita menjadi seperti orang-orang Farisi dan ahli-ahli Taurat yang tidak ikhlas dan terlalu sombong untuk menerima kehadiran Tuhan. Mereka tidak mahu memperbaharui hidup mereka dan tidak mahu bertobat. Oleh itu, dengarkanlah Elia, bertobatlah dan kembali ke jalan yang benar. Buanglah semua sikap -sikap  yang tidak baik dan yang membawa kita ke dalam dosa. Sempena karoling, semua ahli karoling perlu menjaga sikap semasa berkaroling rumah ke rumah seperti yang Yohanes Pembaptis ajar kepada kita untuk menjadi orang yang baik. Musim Adven ini, jadikanlah karoling yang boleh mengubah hidup kita dan memperbaiki setiap peribadi kita.

Sesi Rekoleksi dan Perutusan Para Karolers berakhir pada jam 3.00 petang – Feldyanty Joh

PESTA PENAUNG GEREJA ST PAULUS BANGKULIN

13516505_1810320095868456_3840238898255377251_n

13507021_1810320062535126_7291644182317313482_n

Kemabong – Pesta Penaung Gereja St Paulus Bangkulin, salah satu outstasi di Mission Kemabong, Pesta ini bagi memperingati perjuangan Iman Santo Paulus yang sangat mengimani Yesus. Acara bermula jam 11.00pagi dengan Misa Kudus yang dipimpin oleh Rev. Fr David Mamat Rektor paroki St Anthony Tenom & Mission Kemabong. Damalm homily beliau, beliau menyeru umat untuk mencontohi iman Santo Paulus yang terus mempertahankan Yesus dalam perjuangannya. Beliau juga berharap agar umat tidak cepat berputus asa dalam menempuhi rintangan iman dan berpegang teguh kepada Yesus Kristus. Dalam ucapannya diakhir Misa Kudus, beliau mengucapkan tahniah kepada barisan AJK Pesta dalam melaksanakan pesta penaung tersebut. Pengerusi Komiti Umat Katolik Gereja St Paulus, En Running berkata, usaha dalam menjayakan pesta tersebut banyak rintangan dilalui, namun kesungguhan Umat di Kg Bangkulin dalam menjayakan Pesta Penaung mereka membuahkan hasil yang terbaik, dan beliau berharap sikap tersebut terus dipupuk dalam pelayanan pada masa akan datang. Turut memberikan ucapan Timb Pengerusi MPM, En. Tony Madan ucapan tahniah untuk AJK pelaksana dalam menjayakan sambutan pesta tersebut, beliau juga merumus sedikit peribadi Santo Paulus melalui pengumpulan surat-suratnya dalam usaha menyampaikan pengajaran Yesus.

13507156_1810320349201764_3245417880096805067_n

Selesai Misa Kudus, umat masih berkumpul untuk meneruskan aktiviti seterusnya, antaranya persembahan KUK, Komiti & individu. Sesuatu yang unik daripada KUK zon Tomani, seluruh Umat Zon Tomani bermula dari Gereja St micheal Kuala Tomani, Gereja St Thomas Mamaitom, Gereja St Jude kaparungan & Gereja St Paulus Bangkulin sebagai tuan rumah, akan berkumpul dalam Misa Kudus Gabungan apabila salah satu Gereja di zon Tomani merayakan Pesta Penaung Gereja Mereka. Acara ditutup pada jam 6petang dengan doa penutup.

13502107_1810320319201767_6654632969371306372_n

PEMBAPTISAN BAYI

_DSC0617

Kemabong – Pembaptisan bayi dan kanak-kanak diadakan secara gabungan di Gereja Bonda Maria Mission Kemabong. Seramai 28 bayi dan kanak-kanak telah dibaptis oleh Rev. Fr Benedict. Sebelum Sakramen Pembaptisan dijalankan, taklimat diberikan kepada ibubapa dan penanggung diadakan pagi itu, para penceramah antaranya Katekis Robby Tay & Katekis Matthew memberikan beberapa input kepada para ibubapa dan penanggung. Antara isi kandungan ceramah yang disampaikan penyelamatan melalui pembaptisan dan tanggungjawab ibubapa & penanggung dalam membimbing anak2 yang sudah dibaptis mengikut ajaran gereja.  Jam 2 petang Ibadat pembaptisan bayi dijalankan. Dalam homily Rev.Fr Benedict, ibubapa & penanggung harus sentiasa mengikuti perkembangan anak-anak mereka dalam perjalanan seterusnya, menjadi tanggungjawab ibubapa dan penanggung untuk membentuk iman anak-anak  mengikut ajaran gereja, memberi teguran jika pilihan mereka silap, dan para penanggung pula sentiasa berhubung dengan anak yang ditanggung mereka. Anak2 ini perlu bimbingan terutama pada masa yang mencabar ini. Sakramen inisiasi ini berakhir pada jam 4.00 petang.

_DSC0470

_DSC0446

_DSC0539

_DSC0039

PESTA PENAUNG GEREJA TRITUNGGAL MAHAKUDUS

13240637_1793970390836760_2519822003878851563_n(1)

Tolokoson – Sambutan perayaan pesta hari Penaung Gereja Tritunggal MahaKudus di kampung Tolokoson. Pesta ini dimulakan dengan Misa Kudus Suci yang dipimpin oleh Rev, Fr David Mamat. Misa Kudus bermula jam 11.00pagi. seramai lebih kurang 120 umat berkumpul dirumah kebudayaan Kg Tolokoson tempat Pesta Penaung disambut berkumpul untuk meraihkan pesta Penaung tersebut. Perayaan itu disambut dengan meriah walaupun umat di Kg Tolokoson hanya mencecah 20 orang sahaja, mereka tetap menjayakan pesta tersebut. Dalam homily Rev. Fr David pagi itu, beliau mengulas maksud misteri Tritunggal Mahakudus dimana Allah yang kita imani itu adalah satu tetapi  mempunyai 3 peribadi yang berbeza Allah Bapa, Putera & Roh Kudus yang kita selalu gunakan ketika membuat tanda salib sebagai tanda kemenangan kita. Dalam ucapan beliau juga mengucapkan tahniah kepada umat di Kg Tolokoson diatas kejayaan mereka melaksanakan pesta penaung ini. Dan belaiu berharap memahami maksud Trinity itu tidak hanya berakhir dalam pesta penaung sahaja, tetapi dalam setiap hari umat melalui kehidupan masing-masing.

13226931_1793970327503433_8767835156153043160_n(1)Selepas Misa Kudus berakhir, Kesyukuran diteruskan, pelbagai acara dijalankan antaranya, pertandingan bintang rohani kanak-kanak, cabutan nama bertuah, persembahan komiti dan individu. Turut hadir umat dari Gereja Bonda Maria Kemabong, Barisan Ahlijawatan Kuasa Majlis Pastoral Mission & Katekis-katekis yang pernah melayani di Kg Tolokoson. Acara berakhir pada jam 6petang dengan doa penutup di pimpin oleh Rev. Fr David Mamat.