REKOLEKSI PELAYAN UMAT PERINGKAT PAROKI KSFX

KENINGAU : Lebih 400 orang Pelayan Umat atau Warden telah mengikuti Rekoleksi Pelayan Umat peringkat Paroki KSFX. Rekoleksi bertemakan “Kenali Sesama Melalui Yesus” ini diadakan di Gereja St. John, Biah pada 28 Julai 2018. Rekoleksi dimulakan dengan Misa Kudus yang disempurnakan oleh Rev. Fr Bonaventure Unting. “Peranan warden sangat penting terutama sekali dalam membantu melancarkan … [Read more…]

ULANG TAHUN INSTITUSI SEKULAR KOMUNITI BETANIA YANG KE 21

KENINGAU : Dengan penyertaan kuasa Tuhan, Institusi Sekular Komuniti Betania (ISKB) telah berjalan bersama selama 21 tahun. Seramai kira-kira 100 orang umat termasukalah anggota ISKB hadir dalam Ulang Tahun IKSB yang ke 21 pada 27 Julai 2018. Misa sempena ulang tahun ISKB diadakan di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal (RRKKT) yang disempurnakan oleh YM Uskup … [Read more…]

PERAYAAN MINGGU ALKITAB PERINGKAT PAROKI KSFX

KENINGAU : Pada 14 Julai 2018, seramai 150 umat telah hadir dalam program kemuncak perayaan Minggu Alkitab peringkat Paroki KSFX.  Bertempat di KUK St. Blasius Magatang. Sempena sambutan itu, diadakan beberapa aktiviti iaitu pertandingan mewarta sabda, syarahan, mewarna Tahap 1, melukis dan mewarna Tahap 2, dan pertandingan Kuiz Alkitab. Para Peserta pertandingan merupakan wakil dari … [Read more…]

KEM BELIA KALI KE-3 ANJURAN KOMITI BELIA KATOLIK ZON MINAWO

Keningau – Komiti Belia Katolik (KBK) Zon Minawo telah mengadakan Kem Belia peringkat Zon Minawo pada 8-10 Jun 2018, di Dewan Kg. Baitah. Tema bagi kem ini ialah “Pergilah dan Beritakanlah Kerajaan Allah Sudah Dekat” (Mat 10:7). Hari Pertama pendaftaran bermula seawal jam 3.30 petang, disusuli dengan Misa pembukaan yang disempurnakan oleh Rev.Fr Bonaventure Unting. … [Read more…]

MENJADI MULUT DAN SUARA KEPADA TUHAN

KENINGAU : Pada 8 Julai 2018, Misa sempena dengan Hari Minggu Alkitab, Pembaharuan janji bagi para Pelayan Sabda bagi Paroki Keningau telah diadakan di Katedral St. Francis Xavier. Perayaan misa di sempurnakan oleh Uskup Cornelius Piong. “Minggu Alkitab mengingatkan kita bahawa pentingnya Firman Tuhan kerana Allah yang kita kenal sentiasa ingin berhubung dengan kita umatNya … [Read more…]