INSTITUSI SEKULAR KOMUNITI BETANIA BERTAMBAH ANGGOTA

 KENINGAU : Sekali lagi Institusi Sekular Komuniti Betania (ISKB) menerima seorang anggota baru iaitu Sdri. Janet Leong yang melafazkan komitmen pertamanya di hadapan Bapa Uskup dan disaksikan umat yang hadir. Tidak ketinggalan juga bagi Sdra. Sabius Gatail Luis yang melafazkan komitmen kekalnya.

SONY DSC

Sdri. Janet Leong melafazkan komitmen pertamanya

Upacara Perlafazan Komitmen Kekal oleh Sdra. Sabius Gatail Luis

Litani Para Santo dan Santa

Bersempena dengan ini, perayaan Ekaristi telah diadakan di dewan terbuka Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal (RRKKT) oleh YM Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong. Dihadiri oleh lebih kurang 100 umat sekitar KSFX dan ahli keluarga anggota ISKB.

Sdri. Janet menerima Buku Garis Panduan Hidup ISKB

Bapa Uskup Mengalungkan Rantai Salib kepada Sdri. Janet Leong

 

Pemberian Buku Ibadat Harian

Pemberian Cincin bagi komitmen kekal

Disamping itu, tiga orang lagi anggota ISKB iaitu Sdra. John Ambi, Sdri. Winnah Jude dan Sdri. Melita Petrus turut memperbaharui komitmen sementara mereka.

Sdra. John, Sdri. Winnah dan Sdri. Melita memperbaharui komitmen

ISKB telah lahir di Keuskupan Keningau sejak 20 tahun yang lalu. ISKB merupakan komuniti awam sama ada lelaki atau wanita yang ingin dan memilih untuk hidup tunggal untuk Tuhan. Dalam pelayanannya, anggota ISKB berusaha menghidupi dan menghayati tiga komitmen iaitu kemurnian, kesederhanaan dan ketaatan. Setakat ini, Anggota ISKB di Keuskupan Keningau adalah seramai 20 orang, 16 komitmen kekal dan 4 orang komitmen semantara serta 5 orang peninjau.

Anggota ISKB

Bapa Uskup bersama anggota ISKB

 “Tuhan sentiasa menunggu kedatangan kita. Bagi kita yang datang kepada Yesus seperti anggota ISKB yang akan menerima dan memperbaharui komitmen merupakan satu ungkapan bahawa kita datang dan menyerahkan hidup kepada Yesus. Dalam kehidupan seharian khususnya dalam doa dan pelayanan seperti ini, kita boleh menjadi saluran kehadiran Yesus dan membawa orang-orang yang memerlukan Tuhan,” kata Uskup dalam homilinya.

Anggota Keluarga Janet

Bapa Uskup bersama Sdri.Janet dan keluarganya

Anggota Keluarga Sabius

Bapa Uskup dan Sdra.Sabius dan keluarganya

Seusai perayaan Ekaristi, Bapa Uskup, anggota ISKB dan para tetamu dijemput ke dewan RRKKT untuk jamuan kesyukuran. – An Richard

kek1

kek2

kek3

INSTITUT SEKULAR KOMUNITI BETANIA (ISKB)

Jadi ISKB? Siapa takut…?!

Betania 1

Dalam persimpangan jalan?

Masih berfikir dimanakah arah panggilan hidup saya ini?

Apakah saya terpanggil untuk menjadi

ANGGOTA BETANIA?

Tunggu apa lagi… Jom bersama kita berkenalan dengan

KOMUNITI BETANIA

Betania 2

Untuk keterangan lanjut, Sila berhubung dengan:

  • Mary Tunsin  –  010 983 8365

  • Rita Titing  –  019 802 7066

  • Rose Sintum  –  014 554 6978

  • Emiliana Gindong  –  011 1952 9377

PENGALAMAN PASTORAL KETIGA SEMINARIAN

David, Konstend, Wilfred

Seminarian David, Seminarian Konstend dan Seminarian Wilfred

 

 

David GasikolSekembalinya dari Seminari dan ketika pertemuan bersama Uskup dan Para Seminarian Keuskupan Keningau, Uskup Cornelius memberitahukan kepada seorang rakan saya yang akan melakukan kerja pastoral untuk tahun ini dengan mengatakan “welcome to…” Manakala kepada saya, Uskup mengucapkan “welcome back”. Kedua-dua ucapan “welcome” yang telah digunakan membawa “ekspressi makna” yang berbeza. Ini bermakna, saya akan kembali melakukan kerja-kerja pastoral atau “Pastoral Immersion” di Paroki Katedral St. Francis Xavier, Keningau.

Di dalam renungan peribadi saya, setiap ekspressi membawa makna dan seterusnya pengalaman yang sangat berbeza-beza. Walaupun telah melakukan kerja-kerja pastoral di tempat yang sama, tetapi pengalaman ber-pastoral di Katedral SFX adalah sangat-sangat berlainan dan sentiasa diperbaharui. Antara pengalaman ber-pastoral di Paroki Katedral ini termasuklah melawat orang sakit, memimpin Ibadat Sabda hari minggu, memimpin Upacara Pengebumian,memimpin rekoleksi, memberi ceramah, membantu dalam perayaan Jubli Emas Pusat Pastoral Keuskupan (PPK), dan banyak lagi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa, pengalaman ber-pastoral di KSFX sungguh tidak dapat saya lupakan. Komuniti-komuniti di Paroki Katedral ini juga sangat “hidup dan aktif” yang tentu sekali menjadi kerinduan saya akan kehidupan yang sibuk. Kehidupan harian para pederi yang melayani di Katedral ini juga sungguh-sungguh memberikan saya sedikit-sebanyak gambaran akan realiti kehidupan sebagai seorang paderi keuskupan. Atas semua ini, pengalaman-pengalaman bersama seluruh warga KSFX telah membawa ekspresi ilahi yang meyakinkan saya “teruskan, Saya bersama kamu”. (Seminarian David Richard Gasikol)

Wilfred JamesMenjalani latihan pastoral merupakan satu perkara yang mengujakan. Ini adalah kerana ia merupakan satu tempoh yang dapat membantu para seminarian untuk melihat secara lebih dekat kehidupan seorang paderi, tugas, tanggungjawab, kegembiraan dan juga cabaran-cabaran yang mereka lalui. Sehubungan dengan itu, sudah tentu tempoh empat bulan menjalani latihan pastoral, telah juga memberikan saya peluang untuk memahami dan mendalami panggilan kepaderian.

Sememangnya kehidupan seorang Paderi itu bukanlah satu kehidupan yang mudah. Namun demikian, menjadi anggota Tubuh Kristus, saya melihat bahawa kehadiran umat adalah amat penting dalam kehidupan seorang paderi. Umat bukan sahaja menjadi penasihat/pengkritik setia, tetapi lebih dari itu ialah sahabat dalam pelayanan dan penyokong. Di samping itu satu perkara yang menyakinkan juga adalah, persaudaraan di kalangan para paderi, yang mana adanya sikap saling memahami dan membantu di antara satu dengan yang lain. Berdasarkan pengalaman ini, saya melihat kehidupan seorang paderi itu adalah sesuatu yang boleh dihidupi, ianya bukan mudah namun tidak juga susah. Doa dan kerendahan hati dalam menjalani kehidupan ini adalah faktor penting untuk setia melayani.

Banyak perkara telah saya lalui dan pelajari dari pengalaman empat bulan latihan pastoral. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana telah memberikan saya peluang untuk melihat lebih jelas lagi akan perjalanan kehidupan seorang paderi. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berterimakasih kepada Fr. Claudius Andrew (Paderi Paroki, Gereja Roh Kudus Sook) dan Fr. Harry Dorisoh, yang mana telah banyak membantu saya untuk mendalami erti panggilan dan hidup kepaderian. Terima kasih juga kepada semua umat Paroki Gereja Roh Kudus, Sook, yang sentiasa menyokong saya dan mengajar saya akan apakah pelayanan paderi yang umat perlukan. Akhir sekali, perjalanan ini masih bersisa, mohon doakan saya selalu. Terima kasih! (Seminarian Wilfred James)

Konstend GnanapragasamAfter each year of Theology studies all the seminarians are sent for four months of pastoral work and I was sent to Saint Theresa’s Church at Tambunan, Sabah. I began my pastoral on the 10th of January and it was the first time I touched down in Sabah. To my amazement, the hilly landscape and green mountain range surrounded by paddy fields and vegetables plots truly touched my heart and brought fond memories of my childhood days where I used to live in a village (Kg Paya).

I am really impressed by the uniqueness of Tambunan culture which I have never experienced elsewhere. The community here really gives meaning to life through their fellowship by being together, sharing what they have and always giving thanks to God. I use the Malay words PEDAS to give meaning to their fellowship and translate the acronym in English which is ‘Praying, Eating, Drinking and Singing.’ Based on my experience here with the community, they love to pray, eat together, drink ‘tapai’ a local alcoholic drink which is made of rice and yeast and which ends in joyous singing. Through activities and fellowship I was able to see people from all walks of life such as teachers and leaders who came down to grassroots level to be with their communities.

Furthermore, their solidarity gave me a sense of belonging as a member in their community. There were many times that I went out with youths and their families for hiking or other activities such as visiting homes. They are united, kind and pray for each other as how Mother Theresa quoted , “The family that prays together stays together, and if they stay together they will love one another as God has loved each one of them. And works of love are always works of peace,” and I experienced love and peace through their fellowship and activities. Apart from the masses at the parish, I also went for masses at the houses for memorial and house blessings which made me realize that they focus on God on all the occasions by giving thanks and seeking strength during their time of sorrows and joys. I can see the community as how we can read in the Acts of the Apostles 2: 42, “These remained faithful to the teaching of the apostles, to the brotherhood, to the breaking of bread and to the prayers.”

I realized that they have moulded me on how to mingle, how to be simple and how to respect each other. This solidarity resembles a bridge to connect people with many differences of status, age and mindset. And my further reflection had brought me to understand the meaning of PEDAS into a deeper insight which is “Prayers Ensure Deep Authentic Solidarity.” I hope I can share my experiences from Tambunan to other places in the future by using the acronym PEDAS which through prayers we can ensure a deep authentic solidarity. I would like to end with a bible passage from the letter to the Hebrews 10:24 “And let us consider how we may spur one another on toward love and good deeds, not giving up meeting together.” (Seminarian Konstend Gnanapragasam)

PEMBAHARUAN KOMITMEN ANGGOTA ISKB

KENINGAU – Pada 09 Disember 2016 yang lalu, para anggota Institut Sekular Komuniti Betania (ISKB) telah memperbaharui komitmen pelayanan mereka di dalam Perayaan Ekaristi yang dipimpin oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong, bertempat di Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal (RRKKT). Sebelum itu, para anggota ISKB telah menjalani retret tahunan selama 3 hari bermula pada 06 Disember sehingga 08 Disember bertempat di RRKK Tatal yang dikendalikan oleh para Sister Putri Karmel dari Pertapaan Karmel, Kaingaran, Tambunan.

img_2320

ISKB sehingga kini dianggotai oleh 19 orang anggota dan pada hari penuh makna ini, seramai 4 orang anggota memperbaharui Komitment Sementara iaitu Sdra. John Ambi, Sdra. Sebius Gatail, Sdri. Melita Petrus dan Sdri. Winnah Jude manakala 15 orang anggota lagi memperbaharui Komitmen Kekal mereka.

img_2325

Dalam homili, Bapa Uskup menyatakan amat penting untuk memperbaharui komitmen setiap tahun dan beliau menyatakan syukur kepada Tuhan kerana Komuniti Betania baru sahaj selesai retret tahunan mereka yang merupakan satu kesempatan untuk menilai, memperbaiki dan mempertingkatkan lagi komitmen kepada Yesus dan Gereja. Beliau juga menyatakan bahawa kita perlu belajar sikap mengambil serius (ambil berat) melayani Tuhan melalui umat dan gereja. “Setiap kita harus ingat siapa yang kita layani supaya pelayanan kita ini sungguh-sungguh kualitinya kekal dan terus dapat dipertingkatkan dan juga supaya komuniti kita menjadi satu komuniti yang boleh bersaksi. Maka itu, perlulah kita setiap hari menyatukan diri kita kepada Tuhan kerana itu adalah dasar yang penting dan Yesus adalah sumber kekuatan, kebijaksanaan dan ketabahan bagi kita”.

img_2337

Bapa Uskup juga menyatakan bahawa beliau amat bersyukur kerana anggota-anggota Komuniti Betania banyak membantu dalam pelbagai pelayanan di gereja seperti mengendalikan bilik barang-barang kudus, mengendalikan Rumah Retret Keuskupan Keningau Tatal & Pusat Ziarah Nulu Sosopon, melayani dalam Katekatikal, Rumah Mission, Kantin Keuskupan, Sakristan, Pemimpin Ibadat dan sebagainya. ISKB kini sudah dibangun selama 18 tahun dan wujudnya ISKB adalah kehendak Tuhan dan sehingga kini komuniti ini masih segar dan berdiri teguh.

Selepas Misa Kudus, diadakan sesi bergambar bersama Uskup dan majlis kesyukuran di dewan makan RRKK Tatal bersama dengan umat yang hadir.

img_2340

ISKB merupakan  suatu pergerakan sekular tempatan terdiri daripada umat awam, lelaki dan perempuan yang telah memilih untuk hidup tunggal (tidak berkahwin) bagi melayani Kristus dan Gereja-Nya.Diasaskan dan dibentuk oleh Bapa Uskup Datuk Cornelius Piong dengan kerjasama Msgr Charles Chiew dan Rev Fr Patrick Jerome. Pengesahan pembentukan komuniti ini di peringkat Keuskupan disempurnakan oleh Uskup pada 27 Julai 1997 di Katedral St Francis Xavier, Keningau. Karisma ISKB adalah melayani sesuai dengan bakat, kemampuan dan kesempatan yang ada dalam pelbagai kegiatan di dalam keluarga, komuniti, Gereja dan masyarakat seperti seminar, retret, rekoleksi dan lain-lain tugas katekis.