SEMINAR HIDUP BARU DALAM ROH PERINGKAT ZON MINAWO TAHUN 2018

Keningau – Seminar Hidup Baru Dalam Roh peringkat Zon Minawo bertemakan “Marilah kepadaKu, semua yang letih lesu dan berbeban berat, Aku akan memberi kelegaan kepadamu”  telah diadakan oleh KUK Minawo.  Seminar yang berlangsung pada 23 Febuari hingga 25 Febuari 2018 ini diadakan di Gereja St.Yohanes Rasul Bomboi. Disertai oleh seramai 61 orang sekitar Zon Minawo.

            Sesi pendaftaran peserta dijalankan pada jam 2.00 petang. Seminar dimulakan dengan Ibadat Jalan Salib seterusnya Ibadat Sabda. Diikuti dengan ceramah oleh Saudara Alfred Ibat iaitu “Ketuhanan Yesus” dan doa memperbaharui relasi dengan Yesus

            Pada hari kedua, sesi yang berikutnya disampaikan oleh Saudari Lucia Yunging yang bertajuk “Cinta Kasih Allah.” Seterusnya, sesi yang ketiga, “Penyelamatan” yang disampaikan oleh Aloysia Christianus disusuli penceramah yang keempat yang disampaikan oleh Cyntia Lee dengan tajuk “Hidup Baru”.

            Pada sebelah petang pula iaitu sesi kelima ceramah mengenai luka-luka batin dan doa pembebasan yang dikendalikankan oleh Saudara Jackson Mindong. Sesi kaunseling juga turut diadakan selepas itu. Pada sebelah malam pula, sesi taklimat serta doa penyembuhan batin disampaikan oleh saudari Nancy Nelly.

            Pada hari terakhir seminar, Ibadat Sabda telah dijalankan bersama peserta dan seluruh umat KUK Bomboi yang disempurnakan oleh Katekis Christinus Lee. Disusuli dengan ceramah keenam iaitu “Menjadi Serupa Dengan Kristus” yang dikendalikan oleh Saudari Rosalia Malibin. Ceramah yang terakhir tentang “Menerima Karunia Roh Kudus” yang disampaikan oleh Saudara Lius Yonolon dan diteruskan dengan Doa Pencurahan Roh Kudus dijalankan oleh Saudara Jika George.

 Sebelum ke doa penutup, Pihak Tim KIPKK yang merupakan pelaksana seminar tersebut memberi peluang kepada peserta untuk memberikan kesaksian. Seminar diakhiri dengan makan bersama penceramah dan para peserta. –  Tadius Kilip

Sharing is caring!