PROGRAM 3 DALAM 1 KUK MINAWO

KENINGAU – Zon Minawo telah mengadakan Program  3 dalam 1 di KUK St. Joseph Minawo selama dua hari iaitu sambutan Pesta Santo Yosef, Pembaharuan Janji Kahwin serta Pemberkatan Grotto Our Lady Of Lourdes yang disempurnakan oleh Rev. Fr. Dr Charles Chiew.

    Gereja St. Joseph Minawo telah didirikan pada awal tahun 1960 dengan keluasan pada ketika itu adalah kira-kira 56m² sahaja. Katekis pertama yang melayani pada waktu itu adalah Kat. Thomas Yantim termasuklah mendiang Kat. Marinus@Dualis Sulatam yang juga merupakan katekis yang pernah melayani di KUK St. Joseph.  

Perarakan Imej St. Joseph

     Santo Joseph ataupun Yosef merupakan Santo Penaung bagi Gereja KUK Minawo. Sambutan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua umat tentang kehidupan Rohani St. Joseph terhadap cinta kasihnya kepada Tuhan Yesus dan sebagai pelindung Gereja St. Joseph Minawo. Perarakan Sambutan Pesta Santo Yosef ini merupakan kali kedua diraikan.

    Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan mewarna imej Ikon Keluarga Kudus bagi kanak-kanak yang dikendalikan oleh Anne Joanes. Diikuti dengan perarakan Imej Santo Yosef mengelilingi Kampung Minawo dari Gereja St. Joseph Minawo bermula di KKD 1 hingga ke KKD 9 termasuklah  Mesej Bunang  untuk penyerahan Imej Santo Yosef  di setiap KKD masing-masing dan seterusnya kembali ke Gereja dengan aktiviti seterusnya.

    Pada 18 Mac 2018, Misa Kudus sempena dengan sambutan Pesta Santo Yosef disempurnakan oleh Fr. Charles. Dalam Homilinya, Paska merupakan antara perayaan yang paling besar sekali dimana dia kongsikan kesaksianYohanes tentang sejarah Misteri penyelamatan Yesus Kristus yang mana kesengsaraan, kematian dan kebangkitanNya telah menebus dosa manusia. Fr. Charles juga menegaskan kepada umat agar sentiasa mempersiapkan diri untuk pertoabatan dan memuliakan Yesus.

Fr. Charles bergambar bersama pasangan yang memperbaharui Janji Perkahwinan

    8 Pasangan telah memperbaharui Janji Perkahwinaan. Fr. Charles mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasangan dan semoga menjadi contoh kepada muda mudi yang bakal berkahwin. Ucapan mewakil Pengerusi KUK/Zon Puan Moitah Inggit dan  diteruskan dengan perasmian Pesta Santo Yosef disusuli dengan pemberkatan Grotto Our Lady Of Lourdes oleh Fr. Dr Charles.  – Tadius Kilip

   

 

Sharing is caring!