PENTAHBISAN IMAMAT KALI KEDUA DI SOOK

SOOK : Panggilan Tuhan disahut berani oleh Dikon David Gasikol, anak ke enam daripada tujuh orang adik beradik ini yang ditahbiskan pada 11 Ogos 2018 oleh YM Uskup Cornelius Piong. Pentahbisan imamat yang pertama kalinya adalah pada tahun 2001 iaitu pentahbisan Rev. Fr. Bonaventure Unting.

Sekitar 3000 orang umat hadir dalam upacara sukacita yang diadakan di Gereja Roh Kudus, Sook yang juga merupakan asal Fr. David Gasikol. Turut dihadiri 25 orang paderi, 2 orang diakon, religus dan Sister, pengerusi-pengerusi MPP dan juga pemimpin masyrakat. Keluarga dan rakan-rakan juga turut hadir memberikan sokongan kepada Fr. David

Fr. David mula melayani sebagai Katekis pada tahun 2009 di KUK beliau sendiri, Kampung Kovosion, menggantikan katekis yang sakit pada waktu itu dan mula tertarik untuk menyahut panggilan Tuhan sebagai paderi. Beliau mengikuti Retret Panggilan pada Oktober 2009 apabila disarankan oleh Fr. Bonaventure selepas dia menyatakan hasrat untuk menjadi paderi.

Selepas bacaan injil, Dikon David dipersembahkan oleh Rev. Fr Francis Dakun selepas pembacaan injil dan disusuli dengan amanat yang disampaikan oleh Uskup dan diteruskan lagi dengan upacara pentahbisan yang berikutnya.

Uskup menumpangkan tangannya ke atas calon paderi dan diikuti dengan para paderi yang lain

Seusai upacara pentahbisan diadakan, Uskup dan para paderi yang juga terdiri dari pada rakan seperjuangan Fr David memberikan pelukan kasih kepadanya.

Fr. David mengucapkan kesyukuran kepada yang hadir dan berterima kasih atas tuan rumah khususnya dan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, yang bertungkus lumus dalam persediaan upacara pentahbisannya. Tidak juga beliau lupakan ucapan atas sokongan yang diberikan oleh keluarga beliau sehingga beliau terpanggil menjadi paderi.

Upacara penyerahan piala

Uskup memberikan pelukan kasih kepada Fr. David

“Kepada para belia, mungkin dalam perayaan pada hari ini sedikit sebanyak telah mengobarkan hati kamu, keinginan untuk berfikir untuk menjadi paderi, religus, Brother atau Sister. Jangan takut untuk mencoba kerana kita tidak bersendirian dalam kehidupan ini,” kata Fr. David dalam ucapannya. 

Uskup menyatakan bahawa Fr. David akan terus melayani di Paroki KSFX dan beliau juga merupakan pembimbing rohani bagi Komisi Komunikasi Sosial (KOMSOS). 

Para paderi yang hadir juga memberikan pelukan kasih

Selepas perayaan Misa, jamuan kesyukuran diadakan di Dewan Gereja St. Petrus, Sook. 

Sharing is caring!